Ibu bapa Aliff Aziz restu, tak tolak andai Ruhainies jadi menantu -“Kalau dah jodoh..”
Ibu bapa Aliff Aziz restu andai aktres Ruhainies berjodoh dengan anak lelaki mereka selepas tular dakwaan kononnya mahu mengahwinkan penyanyi itu di Thailand.
Ibu bapa Aliff Aziz restu
Menerusi perkongsian video di Instagram, ibu kepada penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menyatakan dia dan suami terima seandainya mereka ditakdirkan bersama.
Menurut Siti Hafiza, dia sebagai hamba Allah SWT tidak mampu menolak ketentuan-Nya sekiranya benar Aliff dan Ruhainies ditakdirkan bersama.
“Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan.
“Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan?”katanya.
Sebelum ini, ibu kepada tiga cahaya mata itu menafikan spekulasi yang mendakwa anak lelakinya itu bakal bernikah di Thailand bersama aktres Ruhainies selepas ditangkap berkhalwat.
Malah, dia turut meminta mana-mana pihak untuk berhenti menyebarkan fitnah terhadap keluarganya.
Artikel lain: Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum, dedah ramai DM minta maaf
Meskipun kesal dan terkilan, namun Siti Hafiza menyatakan dia sudah ikhlas memaafkan individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu.
“Saya pun tertanya juga siapa yang temu bual saya eh?
“Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini,”katanya lagi.
Sumber: Instagram fizaaziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source