Azharina didiagnos hidap kanser, turut menderita penyakit kencing manis
Penyanyi hebat, Azharina didiagnos hidap kanser walaupun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut berhubung penyakit yang dihidapi.
Masih menanti keputusan tepat
Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar, Azharina Azhar, 39 memaklumkan yang ketika ini sedang menanti keputusan laporan kesihatannya yang akan keluar kira-kira dua minggu lagi.
“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi,” ujarnnya.
Azharina didiagnos hidap kanser, sepatutnya jalani 2 pembedahan
Dalam pada itu, Azharina mendedahkan dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar tetapi memilih untuk menangguhkannya buat sementara waktu atas sebab mahu menyelesaikan beberapa urusan.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan
“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenali pasti,” katanya.
Artikel lain: Sukar nak jamah makanan, pesakit menangis ‘aunty’ datang bantu suapkan nasi
Azharina didiagnos hidap kanser, turut sudah 2 tahun derita kencing manis
Tambah penyanyi lagu Elergi Sepi itu, dirinya juga sedang menderita penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu sehingga emosinya sedikit terganggu.
Namun, dia memaklumkan mahu terus positif demi anak-anak serta kehidupan perlu juga diteruskan.
Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. “Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.
“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.
Terdahulu, Azharina pernah mendedahkan bahawa dirinya mengalami sakit misteri sewaktu menyertai program All Star Gegar Vaganza pada 2023.
Walaupun tidak mendedahkan berkenaan sakit yang dialami, namun penyanyi berkenaan menyatakan doktor menasihatinya untuk menjalani pembedahan serta kimoterapi bagi merawat penyakit yang dihidapi.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source