Gagal hadir prosiding, waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma
Waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed oleh empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur susulan berdepan lima kes mencederakan tiga individu dan melakukan khianat kira-kira tujuh tahun lalu.
Waran tangkap dikeluarkan kerana gagal munculkan diri ke prosiding
Memetik laporan dari Sinar Harian, Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim telah mengeluarkan perintah berkenaan susulan usahawan selebriti berusia 44 tahun itu gagal munculkan diri ke prosiding pagi tadi.
Waran tangkap dikeluarkan 4 mahkamah majistret
Difahamkan, sehingga jam 1 petang, Norjuma tidak hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding meskipun kesnya telah dipanggil beberapa kali.
Jadi, pihak mahkamah telah menetapkan 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Artikel lain: Cederakan individu & khianat, Norjuma didakwa atas 5 pertuduhan
Waran tangkap dikeluarkan, tidak memasuki mahkamah sehingga tamat prosiding
Walau bagaimanapun, kelibat bekas personaliti televisyen itu dilihat hadir mengenakan pakaian berwarna hitam di perkarangan mahkamah sambil melambai ke arah jurugambar dapat dirakam sekitar jam 10.30 pagi.
Namun, tidak lama kemudian dia telah berpatah balik ke tempat meletak kenderaan bagi tujuan mengalihkan kereta dan tidak memasuki mahkamah sehingga prosiding tamat.
Tiga pertuduhan dibuat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan
Untuk rekod, Norjuma telah didakwa atas pertuduhan pertama, menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di pusat tuisyen di Plaza Batai Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.
Seterusnya, pada tuduhan ketiga, dia dipercayai menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.
Tiga pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dua pertuduhan kes khianat
Untuk dua lagi kes mengkhianat, Norjuma didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.
Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind, Hamizah Hisan dan Sheryn Yong Shi Yee bersama Pegawai Pendakwa, Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun bertindak mengendalikan pendakwaan.
Sumber: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source