Jadual padat, Redza Rosli belum terfikir soal cahaya mata
Pelakon Redza Rosli belum terfikir mahu menimang cahaya mata buat masa sekarang atas sebab dia menerima banyak tawaran untuk berlakon.
Memetik laporan Kosmo!, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli berkata dia mahu mengutamakan kariernya terlebih dahulu memandangkan jadualnya amat ketat selepas majlis pernikahannya.
Redza Rosli belum terfikir soal cahaya mata
“Soal cahaya mata, itu semua saya serah pada Allah tentukan, bila tiba masanya. Buat masa ini saya fokus pada karier saya sebagai seorang pelakon.
“Saya belum terfikir soal cahaya mata kerana selepas majlis pernikahan, jadual saya sangat padat. Banyak benda yang perlu saya utamakan.
“Minggu depan saya sibuk dengan sebuah drama adaptasi novel yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Setakat ini masih belum ada perbincangan apa-apa dan saya akan update di media sosial saya,” katanya.
Mahu fokus karier, Redza Rosli belum terfikir timang anak
Redza ditemui bersama isterinya, Bella Hanna pada program khidmat masyarakat (CSR) School Activation sempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-40 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
Artikel lain: Redza Rosli lamar Bella Hanna dua bulan lalu, tak pernah declare sebagai kekasih
Dalam pada itu, Redza turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran Bella dalam hidupnya kerana dia akan menemani aktor itu ke mana sahaja.
Menurutnya, sebelum ini dia tidak mempunyai pengurus atau pembantu peribadi namun seringkali bergerak secara solo sebelum kehadiran isterinya.
“Sejak menjadi pelakon saya bergerak secara solo kerana semua urusan saya uruskan sendiri. Alhamdulillah bila sudah bergelar suami saya ajak Bella untuk bersama saya,” luahnya.
Terdahulu, Redza telah melangsungkan perkahwinannya dengan aktres dan hos Hlive! iaitu Bella Hanna atau Farhana Nabila Rosman di Cheras, Selangor pada 21 Jun lalu.
Sumber: Kosmo! Online (Amran Mulup)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source