Adira Suhaimi suka beli & kumpul barangan kemas, senang digadai waktu kecemasan
Penyanyi Adira Suhaimi suka beli dan mengumpul barangan kemas untuk kepentingan pada masa akan datang.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, dia menyifatkan pembelian barangan kemas itu adalah pelaburan yang dapat membantu dirinya ketika berada dalam keadaan memerlukan.
“Daripada beli barangan lain, sekurang-kurangnya emas ini dapat bantu waktu kita susah.
“Bila berlaku kecemasan inilah yang boleh bantu,”katanya.
Adira Suhaimi suka beli
Penyanyi kelahiran Ranau, Sabah juga menasihati orang ramai agar membeli emas untuk pelaburan jika ada duit lebih dalam akaun mereka.
Ini kerana menurutnya emas adalah aset yang boleh ‘dicairkan’ apabila keadaan ‘sesak’, selain ia sangat mudah dan cepat.
“Kedai pajak gadai hari-hari buka. Tetapi kalau bank tutup Sabtu dan Ahad. Jadi inilah paling cepat.
“Dengarlah cakap saya ini… kalau kita nak menyimpan lebih baik beli emas,” ujarnya.
Jadi dia berpandangan adalah lebih baik melaburkan wang pada emas berbanding membeli kehendak yang lain. Pada masa yang sama boleh digunakan untuk perhiasan diri.
Artikel lain: Adira Suhaimi sudah move on, mustahil rujuk kembali dengan Datuk Red
Adira sebelum ini tampil dengan koleksi barang kemas rekaannya sendiri menerusi kolaborasi bersama sebuah syarikat barang kemas.
Malah cincin emas yang dikenali sebagai ‘Cincin Adira’ juga mula popular dan menjadi ikutan para wanita.
Sumber: TikTok @inayahbeautytrading
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source