Hamil Lewat Usia 40-an, Ini Cara Tingkatkan Kesuburan Bakal Ibu!
Setiap kehilangan yang dialami memang amat memeritkan. Tambahan pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil. Tapi itu semua ketentuan dari Yang Maha Esa, sebagai hambanya kita perlu reda dan pasrah dengan apa yang sudah tersurat.
Berat mata memandang, tapi berat lagi bahu yang memikul, kita yang melihat mungkin tidak sama dengan individu yang merasai sendiri kehilangan tersebut. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Noor Edzwani Mohtar cukup sayu. Baru sahaja kehilangan anak pertama penghujung tahun yang lalu, sekali lagi dia dan suaminya Faisal Ramly diuji apabila anak dalam kandungan kali ini turut menghidap penyakit yang sama seperti arwah abangnya Muhammad Muadz Mifzal.
Kerana itu, Edzwani dinasihatkan oleh doktor untuk tidak meneruskan kandungannya pada kali ini. meskipun berat untuk dia terima semua ini, namun mengenangkan nasib anak yang bakal lahir dengan berat hati dia dan suami rela lepaskan bayi yang sedang dikandung.
Berikut adalah perkongsian Edzwani menerusi laman Facebook sebuah grup ibu hamil.
Anak Sulung Meninggal Setahun Yang Lalu, Hidap ” TYROSENIMIA TYPE 1
“sekali lagi rezeki tidak memihak kepada saya dan suami, Allah uji kami lagiBuat pengetahuan semua, ini adalah kehilangan anak syurga kami buat kali yang ke-2 ,arwah anak saya yang sulung sejak dilahirkan , diuji dengan sakit dan tiba waktunya arwah anak saya akhirnya pulang juga ke pangkuan Ilahi pada penghujung tahun lepas dalan usianya mencecah 2 tahun 9 bulan.
Dengan kuasa Allah, saya disahkan pregnant setelah 6 bulan kehilangan arwah anak yang sulung. Syukur yang tidak terhingga pada saati itu, kerana Allah menggantikan sesuatu kepada saya dan suami atas kehilangan satu-satunya zuriat yang pernah hadir dahulu menceriakan hidup kami suami isteri.
Tapi untuk meneruskan kandungan ini bukannya mudah seperti yang ada semua sangkakan. Saya dan suami perlu menempuhi banyak fasa untuk memastikan kandungan saya sihat dan yang penting zuriat yang dikandung ini bebas dari penyakit yang pernah dilalui seperti arwah abangnya dahulu.
Arwah anak yang sulung dahulu, masa dilahirkan normal seperti anak-anak yang lain, tapi bila umurnya mencecah 4 bulan anak saya mulai sakit, demam on off dan beberapa minggu selepas itu doktor mengesahkan anak saya di diagnos 1 penyakit yang dinamakan ” TYROSENIMIA TYPE 1 “ Sejenis penyakit yang tidak boleh menerima dan memproses sumber bahan dari protein, lantas menjadi racun yang terkumpul ddalam badan.
Penyakit ini adalah penyakit rare kerana sangat jarang ada di dunia ini dan anak saya adalah diantara 10 kanak-kanak di Malaysia sahaja yang menghidap penyakit ini. Penyakit ini amat sukar dijumpai penawarnya sehingga saat ini dan ia adalah satu-satunya penyakit hati yang sangat kronik dan boleh memudaratkan kehidupan anak-anak ini.
Bimbang janin dalam perut ada penyakit yang sama seperti arwah anak sulung, buat ujian dari air ketuban
Disebabkan penyakit ini juga agak merisaukan saya dan suami kerana bimbang kandungan yang akan datang menerima nasib yang sama walaupun kadar peritus penyakit ini hanya 25% akan berulang kembali kepada kandungan seterusnya.
Dari keturuan saya atau suami saya tiada siapa yang mewarisi penyakit ini dan kami juga tiada pertalian persaudaraan kerana dari hasil kajian doktor, penyakit ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh faktor keturunan.
Bila diri disahkan pregnant, saya dinasihatkan oleh doktor pakar bahagian genetic untuk melalui 1 lagi ujian iaitu AMNIOSINTESIS ( pengambilan sedikit air ketuban ) bagi memastikan anak yang dikandung ini melepasi penyakit yang sama seperti arwah abangnya. Semua dokumen telah diuruskan oleh dokto pakar bahagian genetic HKL kepada doktor di PPUM untuk urusan pengambilan air ketuban.
Janin positif ada penyakit sama, ambil keputusan untuk tidak teruskan kandungan
1/10/2019
Setelah menunggu hampir tiga minggu akhirnya keputusan ujian tersebut sudah berada di tangan doktor pakar HKL. Berdebar nak tahu keputusannya. Setelah doktor menerangkan terus berjuraian air mata kami suami isteri dan perasaan sedih yang teramat dan tidak dapat dibendung lagi saat itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilu dan sedihnya hati kerana dapat tahu bahawa anak yang dikandung juga mewarisi penyakit yang sama seperti arwah abanynya. Doktor beri pilihan sama ada saya mahu teruskan atau tidak kerana sekiranya diteruskan juga saya dan suami akan melalui lagi apa yang pernah arwah anak sulung kami lalui suatu masa dahulu. Betapa seksanya kehidupan dia yang mungkin kita yang berada ditempatnya pun tak mampu menanggung kesakitan yang dia hadapi sendiri.
Seharian dalam perjalanan pulang air mata tak henti mengalir mengenangkan nasib anak yang dikandungkan ini, saya dan suami diuji lagi oleh Allah. Kalau ikutkan hati saya memang tak sanggup nak gugurkan kandungan anak ini. Anak saya masih hidup di dalam kandungan saya, sehari sebelum tu, pertama kali saya dengar degupan jantungnya. Keesokkan harinya saya dapat perkhabaran tidak gembira…Allahuakbar sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepada kami suami isteri.
Akhirnya saya dan suami berbincang untuk tidak meneruskan kandungan ini. Hati saya sedih dan tak sanggup sebenarnya, tapi suami berkata kepada saya bukan rezeki kita kali ni. Kenangkan lah anak bila dia lahir nanti, sanggupkan kita tengok penderitaan dia seperti mana arwah abang dia pernah lalui…saya akur dengan kata-kata suami, saya terpaksa melepaskan zuriat ini pergi walau dalam keadaan hati saya yang terpaksa. Allah kuatkan la aku
2/10/2019
Saya dimasukkan di hospital HTJS Seremban, doktor telah menerangkan proses untuk terminated kan kandungan. Saya di induce keesokkan harinya, suami sentiasa ada di sisi memberikan kekuatan dan semangat buat saya. Sungguh saya perlukan seseorang pada saat ini.
Mohon doakan terus kuat & akan dapat rezeki lain dan anak-anak yang bakal lahir sihat
5/10/2019
Alhamdullilah hari ke-3 anak saya lahir dengan amat mudah dan saya melaui sakit pon tak lama saat itu. Allah permudahkan urusan saya saat itu. Nurse memberikan saya melihat zuriat yang dikandung selama ini….Hati menangis tanpa sedar air mata jatuh sekali lagi.
Suami saya menguruskan segalanya urusan arwah anak saya dan waktu itu saya masih lagi berada di hospital. Setelah segala selesai petang itu saya dibenarkan pulang…ramai saudara mara yang datang ziarah dan memberi ucapan takziah buat kami suami isteri… Tiada apa yang dapat dikatakan lagi, hanya 1 penghargaan moga ada lagi rezeki buat kami suami isteri selepas ini…bukan mudah sebenarnya mengharungi ujian ini…hanya hati-hati yang kental dan kuat sahaja dapat melepasi ujian dari Allah ini.
Mohon doakan saya ibu-ibu semua, semoga saya terus kuat mengharungi setiap ujian dan dugaan yang Allah turunkan kepada kami suami isteri…Dan semoga ada rezeki kami lagi selepas ini untuk mempunyai zuriat dan anak-anak yang sihat seperti orang lain
Aaminn YRA
Sumber: Facebook
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source