Macam Mana Scene Pak Maun Membaca Buku Sejarah Tercipta?
Masyarakat Melayu dan peminat filem Melayu klasik pasti tidak dapat melupakan babak lucu Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmood Jun membaca syair dalam filem “Nasib Do Re Mi”, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1966. Tetapi adakah kita semua tahu bagaimana babak itu tercipta?
Sebelum P. Ramlee menjalankan penggambaran untuk babak berkenaan, Mahmood Jun yang ketika itu sedang duduk di atas kerusi di satu sudut set penggambaran sambil membaca sebuah buku syair. P. Ramlee ketika itu sibuk memberi penerangan kepada semua kru yang terlibat. Sepatutnya, babak itu Mahmood Jun perlu membaca surat khabar, bukan syair.
Sedang asyik Mahmood Jun membaca syair sambil menunggu gilirannya dipanggil, tiba-tiba P. Ramlee yang sedang lalu lalang di hadapannya terus berhenti dan berkata, “cilaka! Buat macam ni bang!”, dengan nada bersungguh-sungguh. Mahmood Jun yang tergamam terus terhenti membaca syair tersebut. Mahmood Jun bertanya, “buat apa Ramli?”, “aku nak abang buat syair ni!”. Dan itulah babak yang dapat kita saksikan dalam filem “Nasib Do Re Mi”.
Saya pasti ramai dari kalangan penonton yang pernah menonton filem dan babak berkenaan tidak kering gusi melihat telatah Mahmood Jun melakonkan babak ikonik itu. Bagi saya, watak Pak Maun lakonan Mahmood Jun adalah salah satu simbol kekuatan dalam filem “Nasib Do Re Mi”. Kesimpulannya, saya menganggap babak ini dicipta oleh P. Ramlee dalam masa yang singkat di mana ideanya dicetuskan oleh Mahmood Jun sendiri. Watak Pak Maun juga diambil bersempena nama Mahmood Jun sendiri.
Inilah salah satu kehebatan P. Ramlee yang berjaya mengkomedikan seorang pelakon “crook” terhebat dalam sejarah filem Melayu klasik. Watak Pak Maun ciptaan P. Ramlee berjaya menjadi legenda dan diingati sehingga sekarang.
“Orang perempuan tak boleh tengok, ini sejarah panglima, orang perempuan takkan nak jadi panglima?”
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menjengah ke reruai kami di PWTC, jangan khuatir kerana kami juga mengadakan Jualan PBAKL Online 2024 di Shopee dan Tiktok kami dengan DISKAUN sepanjang berlangsungnya PBAKL!
Link Shopee: https://s.shopee.com.my/B8FKPOCBW
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source