Ustaz Don tidak akan bersiaran di radio, pihak stesen patuh arahan Jais
Pendakwah terkenal, Ustaz Don tidak akan bersiaran di radio Suria FM menerusi segmen Don Give Up setiap Jumaat menerusi slot Morning-Morning Suria dari jam 8 hingga 9 pagi mulai esok.
Ketiadaan bermula esok
Memetik laporan dari Harian Metro, perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pihak dalamam radio berkenaan memandangkan stesen radio terbabit mematuhi arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal iaitu penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada pihak Jais.
“Kami akan sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan akan memaklumkan perkembangan mengenai perkara ini,” katanya.
Ustaz Don tidak akan bersiaran di radio sehingga peroleh keputsan rasmi Jais
Ketiadaan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, ini akan berlangsung sehingga memperolehi keputusan rasmi daripada pihak Jais.
Difahamkan, pihak pengurusan stesen terbabit sudahpun berbincang serta memaklumkan hal berkenaan kepada pendakwah tersebut.
Artikel lain: Tular notis penangguhan ceramah & kuliah Ustaz Don dikeluarkan oleh Jais
Ustaz Don tidak akan bersiaran di radio, patuh arahan jasi
Terdahulu, pihak Jais telah mengeluarkan arahan pada 21 Jun lalu kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.
Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama yang disampaikan Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
Sebelum ini, Ustaz Don telah direhatkan dari bersiaran di program Salam Baitullah susulan tular potongan video kenyataan yang dibuat olehnya berkenaan riwayat hidup Rasulullah S.A.W.
Keputusan itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi perkongsian dibuatnya dalam hantaran ciapan di laman sosial X
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source