Nikmat Apa Lagi Yang Bani Israil ingin dustakan?
Bani Israil dicatatkan dalam Sejarah menjadi bangsa yang ditindas oleh Firaun dan Mesir pada era tersebut. Bani Israil telah mengalami penderitaan yang cukup memeritkan sehingga anak anak lelaki mereka telah dibunuh oleh Firaun.
Sehinggalah suatu saat, Allah SWT mengutuskan Nabi yang berada dan hidup di tengah tengah mereka. Lelaki itu adalah Nabi Musa AS. Awalnya di asuh oleh Isterinya Firaun, Asiah dan kemudiannya dibesarkan menjadi anak angkat Firaun.
Diringkaskan, Allah SWT mengutuskan Nabi Musa AS untuk membawa Bani Israil ini keluar dari Mesir dan menyelamatkan Bani Israil dari segala penderitaan yang dialami oleh Bani Israil.
Ketika Allah SWT membukakan laut untuk mereka. Ketika Allah SWT menurunkan Mann Salwa buat bangsa ini. Allah SWT menceritakan nikmat buat Bani Israil ini dalam Quran,
“Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa” (Taha:80)
Dan ketika Allah SWT memerintahkan mereka untuk masuk ke Tanah yang Dijanjikan buat mereka, mereka telah membalas :
Mereka berkata, “Wahai Musa! Sampai bila bila pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya, karena itu pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarlah kami tetap (menanti) di sini saja.” (Maidah : 24)
Begitulah Bani Israil. Setelah segala nikmat yang Allah SWT kurniakan. Akhirnya, mereka kembali ingkar dan kufur kepada Allah SWT.
Inilah dia Bani Israil. Sudah diberi betis, mahu peha. Sudah diberi segalanya, masih tidak bersyukur.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source