Hampir setahun kahwin, pempengaruh tak boleh daftar sijil lahir anak sebab tiada sijil nikah
Tular di media sosial apabila seorang pempengaruh tak boleh daftar sijil lahir anak disebabkan tidak memiliki sijil nikah asal meskipun sudah hampir setahun kahwin.
Perkara itu dikongsikan oleh pempengaruh Uci Luna menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok, semalam.
Pempengaruh tak boleh daftar sijil lahir anak
Uci atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Shukri berkata, dia gagal mendaftarkan sijl kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini.
“Semalam Uci dah pergi JPN nak pergi buat surat beranak. Bila nak pergi buat, tak boleh sebab tak ada sijil nikah,tak pun kedua-duanya (ibu bapa bayi) mesti datang sekali.
“Masalahnya Ema (isteri) sedang berpantang,”ujarnya.
Artikel lain: Bikin rider mengamuk! Pemuda nafi buat gimik, dah bagi ‘upah’ RM10
Tambah Uci, mereka telah hampir setahun mendirikan rumah tangga dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 19 Julai ini.
Syukur boleh buat, tapi ada tempoh
Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila dimaklumkan boleh mendaftarkan sijil kelahiran anak dalam tempoh 60 hari.
Kongsi Uci, selama ini mereka hanya mempunyai sijil nikah sementara yang diperolehi selepas ijab dan kabul di masjid, sebelum ini.
“Kalau tak buat sijil nikah lagi, kami perlu pergi (daftar surat beranak anak) berdua.
“Sijil nikah kami yang dapat daripada masjid itu sajalah,”jelasnya.
@uciluna.ema maklumlah baru first time nak gi daftar 😂 taktahu apa main pergi je #anakuci #fyp #masukberanda #cordialuciluna #newborn
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Zamri Misman memaklumkan kes pendaftaran lewat sijil kelahiran anak adalah disebabkan ibu bapa tidak mendaftarkan pernikahan.
Apapun, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi, bagi sesiapa yang belum mendapatkan sijil pernikahan asal, bolehlah segera mendapatkan ia agar dapat memudahkan segala urusan pada masa akan datang.
Sumber: TikTok @uciluna.ema
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source