Mengapa Bulan Islam ditutup dengan Bulan Zulhijjah?
Pernah tak anda tertanya tanya mengapa Bulan dalam Kalendar Islam ditutup dengan bulan Zulhijjah. Kenapa tak bulan Safar ke atau bulan Ramadan ke atau bulan bulan lain? Iyelah sebab dalam Islam kita ada bulan Haram kan (Bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Tapi kenapa bulan itu tak menjadi bulan terakhir dalam kalendar Islam? Hah kenapa? Tak mengapa. Anda tidak perlu serabutkan kepala anda, biar saya terangkan.
Baik, ceritanya bermula pada era Khalifah Umar Al-Khattab, umum kita semua tahu beliau merupakan Khalifah yang kedua dalam Khulafa’ Ar-Rashidin. Pada zamannya, masih belum ada lagi kaedah pentarikhan yang tepat seperti sekarang.
Habistu macam mana mereka menggunakan pentarikhan dan penandaan tahun? Jawapannya dengan penandaan berlakunya event semasa. Contoh, Amir bertanya kepada Ammar, “Weh, kau sampai sini sejak bila?” Ammar jawab, “Aku sampai sini sejak tahun Gajah.” Nampak pelik, tapi itulah kaedah orang Arab dulu menandai garis waktu.
Benda ini agak menyusahkan untuk urusan rasmi kerajaan. Jadi, Khalifah Umar kemudiannya mengusulkan untuk diadakan sebuah pentarikhan yang sistematik. Bulan bulan memang dah ada dalam bangsa Arab tapi nak menyusunnya. Dah jadi satu hal lain.
Akhirnya, Khalifah Umar berpendapat, bulan Zulhijjah perlu diletakkan sebagai bulan yang terakhir. Kerana baginya, untuk memulakan tahun baru kita haruslah suci dan bersih dari dosa yang lalu.
Maka, bulan Zulhijjah terkandung di dalamnya Bulan Haji yang menandakan dosa kita telah bersih dan suci dari perkara yang zulumat pada tahun lalu. Dan melangkah ke tahun baharu dengan beban dosa yang ringan.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source