Jangan jadikan media sosial tempat kita berbalah & buka aib
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan rakyat jangan jadikan media sosial tempat kita berbalah dan membuka aib.
Seri Paduka Baginda turut menginatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan kaum dan agama.
Jangan jadikan media sosial tempat kita berbalah
Titah Seri Paduka Baginda, semua rakyat perlu menjaga keharmonian di negara ini dengan sikap saling menghormati, saling menghargai dan bertolak ansur.
Baginda berkata, dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
“Jangan jadikan media sosial tempat kita berbalah atau bertengkar dan jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
“Kita harus mengelak sebarang bentuk provokasi, fitnah dan hasad dengki yang boleh merosakkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin.
“Sebagai contoh, penggunaan pembesar suara di masjid dan surau yang kadang kala menimbulkan isu kepada penduduk setempat. Sebagai negara Islam, laungan azab masuk waktu solat adalah wajar dibuat dengan kuat.
“Namun, bacaan al-Quran, solat dan kuliah haruslah dibuat untuk dalam kawasan masjid itu sahaja,” titahnya.
Hati-hati tuntut ilmu agama di media sosial
Baginda turut bertitah agar setiap umat Islam berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial.
Ia bagi memastika kandungan yang diperoleh adalah sahih dan rakyat perlu bijak menilai mana yang betul dan salah.
Dalam pada itu, Baginda turut menggesa supaya tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap kandungan ajaran sesat dan menyediakan satu pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang tepat.
“Pada hari ini, kita berdepan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
“Orang dahulu belajar agama dengan membaca kitab dan mendengar kuliah di masjid namun, orang sekarang belajar agama secara ‘online’ daripada ustazah Facebook dan ustaz TikTok.
“Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat mengenai penyebaran maklumat berkaitan agama Islam yang mengelirukan, tidak tepat, salah tafsir dan ajaran yang menyimpang daripada prinsip Islam yang sebenar,” titahnya lagi.
Artikel lain: JDT kena denda beratus ribu, Sultan Johor tiada pun buat sebarang kenyataan – TMJ
Jelasnya lagi, agama Islam yang dinamakan di negara kita adalah berlandaskan ajaran ahli sunnah wal-jamaah.
Bagaimanapun, baginda meluahkan kerisauan apabila terdapat banyak fahaman dan ajaran Islam yang berbeza-beza seperti rojak.
“ Ini semua akan memecahbelahkan umat Islam. Jangan kita dibodoh-bodohkan dengan ajaran pihak yang ada kepentingan sendiri.
“Jika keadaan ini berterusan, macam mana umat Islam hendak bersatu. Awak semua fikirlah betul-betul. Saya cuma boleh ingatkan saja, awak semua buat pilihan,” katanya
Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/ 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Raja Zarith Sofiah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sumber: Utusan Online (Mohd Husni Mohd Noor)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source