Oktovia Manrose Selamat Timang Anak Ketiga, “Alhamdulillah, Seorang Lagi Khalifah Dilahirkan”
Kadang-kadang kita risau dengan pengambilan makanan ketika berpantang. Orang melayu memang kaya dengan adat berpantang. Tapi sebenarnya ada makanan yang boleh dimakan ketika berpantang yang dulunya dianggap berbisa dan tak bagus untuk ibu berpantang. Ikuti perkongsian doktor ini tentang makanan dalam pantang.
Macam biasa, tulisan saya memang panjang. Ambil masa baca dan hadam.
Tahniah untuk suami yang sudi meringankan tulang dan membantu isteri yang dalam pantang selepas bersalin. Bab pantang ni kalau di FB, nama saya antara doktor yang mesti kena seru oleh netizen.
Saya pernah menulis yang sebenarnya pantang ni benda yang bukan satu beban pun. Tapi ia jadi batu yang mesti galas dan bata yang mesti dipikul dek segala pantang larang ciptaan dan rekaan adat dan budaya yang langsung tidak berasas.
Bab makan dalam pantang lepas bersalin ialah topik yang suka sangat diperbesarkan oleh orang kita. Ni dah jadi macam hidup untuk makan, dan bukan makan untuk kelangsungan hidup.
Badan kita ni tetap sama. Tak kiralah sebelum mengandung, semasa hamil dan selepas bersalin. Tidak berubah. Kita bukan makhluk asing. Tak ada transformasi yang berlaku selepas 44 hari kita berpantang lepas bersalin. Tu fakta. Tak ada kena mengena dengan ‘antibodi orang lain-lain la’ bagai. Kalau tak tahu pun apa maksud antibodi, antigen, sel darah putih, radang dan bahan kimia yang dalam sistem pertahanan tubuh, tolong jangan guna ikut suka hati, sebab nanti kalian nampak dangkal walaupun kalian kononnya nak tunjuk bijak.
KKM dah keluarkan garis panduan pinggan sihat Malaysia seperti yang saya tunjukkan dalam gambar. Kecuali lah, ada arahan tertentu oleh doktor dan pegawai dietetik, kita sepatutnya amalkan cara makan ni SEPANJANG HAYAT. Untuk 1 hidangan:
1. Suku pinggan karbohidrat
2. Suku pinggan protein
3. Separuh pinggan sayur dan buah
Tu asasnya. Senang kan? KKM bagi saranan cara makan ni bukan saja petik dari langit ya. Ni adalah berdasarkan kajian saintifik.
Makanan yang dimasak dengan kaedah rebus, kukus, singgang, sup, dan bakar memang cara yang sihat . Menumis dengan minyak yang sikit tu lebih baik dari menggoreng. Yang tu semua orang tahu. Dan ia seharusnya menjadi pilihan kita SEPANJANG HAYAT. Bukan hanya dalam pantang selepas bersalin. Tak ada makna la 44 hari saja makan beria cara macam saya sebut, habis pantang terus pergi cari mekdogol dan kepci. Tu menipu diri sendiri namanya.
Makanan yang bersantan, dalam masak lemak dan kari tu kalorinya tinggi. Jadi, kenalah kurangkan makanan macam tu. Tu pun kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Masa dalam pantang, tak kiralah lepas bersalin ke, lepas pembedahan ke, atau lepas patah riuk tulang ke, selalu kan kena makan masakan yang tawar. Kurang manis dan kurang masin. Tu betul. Masalahnya, orang kita makan macam tu dalam pantang saja. Habis pantang? Melantak segala tak ingat dunia. Padahal makanan kurang garam dan gula tu kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Karbohidrat penting sebagai sumber tenaga penting. Tak boleh diketepikan dalam diet. Mesti ada. Tak kisahlah nasi ke, mee ke, bihun ke, roti ke, pasta ke, bijirin ke. Cuma kena jaga porsi.
Protein juga sangat penting dalam diet. Bila dalam pantang, ada fahaman menghalang atau menghad pengambilan protein atas alasan nanti luka menjadi gatal, atau bernanah bagai, itu adalah SANGAT SALAH.
Frasa ikan tu bisa la, tajam la tu datang dari mana? Memang la bisa kalau makan ikan buntal. Boleh mati ya. Tajam la kalau makan ikan tak buang tulang. Tercekik wei.
Protein menjadi asas untuk
1. Pertahanan tubuh
2. Pembentukan otot, tulang, kulit dan darah
3. Penghasilan enzim, vitamin dan hormon dalam badan
Kalau setakat makan ikan kering atau ikan bilis dalam pantang, mana ada protein pun. Yang ada hanyalah garam semata-mata. Macam mana nak sembuh cepat? TAK CUKUP ZAT TU!
Ikan, ayam, daging, telur dan makanan laut tu semua boleh diambil dalam pantang. Susu tu penting untuk keperluan kalsium, kena ambil 1000mg sehari.
Kalau sebelum ni tak ada alahan pada protein tertentu, jadi lepas bersalin pun sama lah. Ingat, saya kata, badan kita tak berubah pun. Tak kiralah bersalin secara normal atau Caesarean sekali pun. SAMA SAJA. Luka jadi bernanah sebab ada jangkitan kuman dan mesti dirawat oleh doktor. Bukan dengan pantang makan yang hujungnya mudarat.
TAK WUJUD SAYUR ATAU BUAH SEJUK ATAU ANGIN. Tolonglah jangan dok perturunkan ilmu sesat tu pada setiap generasi. Pelbagaikan sayur dan buah tu. Untuk satu hari, pastikan makan 2 jenis buah dan 3 jenis sayur. Lagi banyak jenis dan warna sayur dan buah, lagi bagus.
Sayur dan buah tak boleh tak ada dalam diet sebab:
1. Sumber serat yang tinggi – maka tak adalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir.
Serat bagi rasa kenyang, maka nafsu makan dapat dikawal.
Serat tu kurangkan penyerapan kolesterol dalam darah. Serat juga bekalkan kandungan tenaga yang rendah sebab ia ada gula semulajadi.
2. Sumber vitamin dan mineral tertentu bergantung pada jenis.
3. Merendahkan risiko penyakit jantung, obesiti, kencing manis dan kanser.
Yang penting, jaga kuantiti. Kalau makan rambutan pun dah 1kg, memang melampau la. Apa pun yang disumbat dalam mulut tu, tolong la JANGAN BERLEBIHAN.
Gunakan rempah ratus dan herba yang ada di sekeliling kita dengan kadar yang sederhana untuk tambah perisa dalam masakan. Halia, kunyit, lengkuas, serai, halba, lada hitam bagai tu ada kandungan phytonutrien yang berguna pada badan kita. Tapi tak perlu pun sampai kena minum air rebusan bagai.
Tolong! MINUM AIR. Lebih kurang 2-3 liter sehari. Tak kisahlah air tu ada ais ke, sejuk ke, panas ke, suam ke. Yang mesti, minum air! Tak payah minum air akar kayu siap bersukat dengan sudu. American Society of Sport Medicine cakap, kalau air tu ada sedikit berperisa, dan sejuk, ia lebih sedap dan maknanya kita akan minum lebih banyak.
Dan yang paling penting, waktu berpantang ni tak ada bezanya dengan waktu lain dalam hidup kita. Hentikan petua dan mitos mengarut ni. Kenapa lah nak kompleks kan lagi hidup kita sedangkan ni hanya bab makan saja.
KALAU DAH MAKAN SECARA SIHAT SELAMA HIDUP NI, tak payah la dok kalut bila waktu berpantang. Teruskan saja apa amalan tu. Makan secara sihat tu kan RUTIN SEPANJANG HAYAT.
Saya dah berleter panjang dan membebel berjela ni. Tolong tepek status bab makan minum dalam pantang lepas bersalin ni pada mana-mana kengkawan kalian yang masih keliru. Sampaikan salam saya, katakan, meh lah keluar dari gua gelap gelita tu. Ni saya dah tunjuk jalan yang betul dah ni.
Ingat! Kita makan untuk kemandirian hidup. Cukup.
Sumber: Facebook DR. NINIE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source