Ini Punca Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil, Penatnya Ulang Alik Ke Tandas!
Bagi pejuang garis dua, pastinya pelbagai cara dan rutin dilakukan sebagai salah satu usaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Namun perkara paling utama pastinya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pun begitu, menurut perkongsian Dr Ramasamy Ramanthan, Perunding Sakit Puan dari Metro IVF, Klang, amalan dan rutin ‘douching’ perlu dielakkan sebagai salah satu usaha untuk hamil.
Amalan ini sedikit sebanyak mengganggu rutin semulajadi faraj sekaligus menjadi penyebab sukar hamil. Jadi elakkan!
Amat lazim dikalangan ibu yang merasa sedikit tidak selesa atau gatal pada Miss V terutama jika waktu hampir datang bulan.
Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ini, ada yang mengamalkan mencuci faraj dengan cecair lain atau lebih dikenali sebagai douching.
Perkataan douche berasal daripada perkataan Perancis bermaksud pancuran. Persoalannya : Adakah amalan ini baik untuk kesihatan Miss V terutama kepada pejuang dua garis?
Terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati wanita yang kerap douching boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Ini kerana pengunaan douching mengurangkan jumlah lendir servik dalam membantu sperma menuju kearah telur wanita untuk proses
persenyawaan.
Selain itu, wanita douching juga berisiko untuk mendapat jangkitan faraj kerana mengganggu keseimbangan semula jadi faraj boleh membunuh bakteria yang baik.
Ini akan menyebabkan peluang untuk hamil secara semulajadi menjadi semakin berkurang kerana jangkitan tersebut perlu dirawat terlebih dahulu untuk membolehkan ph faraj kembali kepada keadaan normal iaitu antara 3.8 hingga 4.5.
Douching selepas hubungan kelamin juga boleh menyebabkan kehamilan luar rahim (apabila telur yang disenyawakan diimplan ke dalam tiub fallopio)
Antara kajian yang menarik perhatian dimana 840 wanita yang telah berkahwin dipecahkan kepada 2 kumpulan dan perbandingan dibuat iaitu douchers dan tidak menggunakan douchers.
Kumpulan yang menggunakan douche secara purata mengalami 30% lebih sukar untuk hamil
Usia Peratus pengurangan peluang untuk hamil
18-24 tahun 50%
25-29 tahun 29%
30-39 tahun 6%
Penting untuk ketahui punca Miss V gatal:
• Jangkitan kuman
Keadaan ini berlaku apabila terdapat pertumbuhan kulat Candida dalam faraj yang menyebabkan keradangan, sakit ketika bersama atau sakit semasa buang air kecil
• Keputihan yang berbau
Kadangkala boleh bertukar warna kepada kuning dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
• Penyakit kelamin (STD)
Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) ini disebabkan oleh parasit trichomoniasis. Di US, anggaran 3.7 juta orang di Amerika Syarikat dijangkiti oleh penyakit kelamin
• Penggunaan bahan kimia
Alat pencuci intim Miss V yang beralkali, mempunyai bauan yang kuat atau wanita
tersebut sendiri alah kepada bahan kimia yang tidak bersesuaian juga menjadi punca Miss V gatal
• Tompok putih yang nipis terbentuk pada vagina
Cara untuk mengurangkan kegatalan pada faraj
• Banyakkan minum air
• Kurangkan gula di dalam makanan dan minuman
• Mencuci faraj dengan bersih – cukup sekadar dengan air dan lap kering daripada depan faraj ke bahagian dubur
• Gunakan seluar dalam diperbuat daripada kain kapas kerana menyerap peluh dan mengurangkan jangkitan faraj.
Secara umum jangan melakukan douche jika mencuba untuk hamil atau sedang hamil kerana:
1. Wanita yang melakukan douche sekurang-kurangnya sekali sebulan adalah 30% kurang
berkemungkinan untuk hamil.
2. Douching sekurang-kurangnya sekali sebulan dikaitkan dengan peningkatan risiko bakteria
vaginosis (jangkitan faraj).
3. Douching meningkatkan risiko kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik adalah apabila telur
yang disenyawakan melekat pada bahagian dalam tiub fallopio dan bukannya rahim. Jika tidak
dirawat, kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan wanita
untuk hamil pada masa hadapan.
4. Douching meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
5. Douching meningkatkan kemungkinan bayi mempunyai berat lahir rendah.
6. Douching meningkatkan risiko korioamnionitis iaitu jangkitan pada membran janin dan
cecair amniotik.
Tiada sebab tertentu untuk seorang wanita untuk melakukan douche. Faraj mampu membersihkan secara semula jadi dengan lendiran yang dihasilkan.
Lendir tersebut membasuh darah, air mani, dan keputihan. Jika bimbang tentang bau faraj, berbincanglah dengan doktor, tetapi harus tahu bahawa faraj yang sihat dan bersih juga mempunyai bau yang berubah sepanjang hari.
Aktiviti fizikal juga boleh menyumbang kepada bau faraj yang lebih kuat tetapi ini masih normal. Namun jika bau yang luar biasa atau terlalu kuat bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan perlu berjumpa doktor.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source