Aliff Teega & Aisyah Hijanah kekal tenang direman empat hari -“Doa yang baik2..”
Pasangan pempengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanh kekal tenang direman empat hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Kedua-dua mereka itu ditahan oleh SPRM semalam atas dakwaan penyelewenagan dan pecah amanah membabitkan dirinya.
@friendsofsprm Alif Teega di makamah putrajaya #sprm #friendsofsprm #azambaki #alifteega #pdrm #fyp
Kekal tenang direman empat hari
Memetik portal mStar, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega direman selama empat hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan menyeleweng kutipan derma.
Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap empat individu itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Sejurus sebutan reman selesai, pasangan suami isteri itu kelihatan tenang keluar daripada dewan mahkamah sebelum masuk ke dalam kenderaan dipercayai menuju ke ibu pejabat SPRM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Turut direman empat hari ialah dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian.
Menurut sumber, dua lelaki yang juga pengendali platform kutipan derma atas talian ditahan SPRM tengah malam kelmarin, ketika memberi keterangan.
Artikel lain: Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma
Doa yang baik-baik
Sementara itu, Aliff atau nama penuhnya Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.
“Saya sihat, Alhamdulillah …doa baik-baik,”demikian katanya.
Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.
Peguam yang mewakili Aliff Teega itu melalui kenyataan media berkata, pihaknya menafikan sebarang penglibatan anak guamnya dalam kes yang tular.
Menurutnya, individu bertanggung jawab menyebarkan tuduhan itu perlu membuktikan dakwaan mereka di mahkamah termasuk dakwaan melibatkan skim 20 peratus yang diterima anak guamnya bagi keseluruhan derma oleh platform kutipan derma dalam talian.
Tegas peguam, segala aset yang diperoleh oleh anak guamnya adalah atas daya usaha beliau sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma.
“Anak guam kami juga seperti sedia maklum menjalankan pelbagai perniagaan yang menjana keuntungan dan berhak menikmati hasil keuntungan perniagaan untuk tujuan peribadi,” katanya.
Sumber: mStar Online (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source