India Kena Buat Kerajaan Perpaduan Sebab BJP Hilang Kerusi?
PRU di India dikejutkan oleh parti pembangkang yang menghentak BJP di negeri-negeri penting sekaligus mengubah landskap politik India.
Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri India Narendra Modi hilang majoriti selepas selama satu dekad menang dengan majoriti mudah.
BJP asalnya merupakan parti tunggal terbesar di Lok Sabha, dewan rendah parlimen India. Tetapi semasa SPR India kira 640 juta undi, BJP jauh dari prestasi 2014 dan 2019.
BJP masih menjadi pilihan untuk PRU kali ini dengan majoriti terbesar, tapi mereka hanya mendapat 240 kerusi. Sedangkan majoriti mudah ialah 272 kerusi.
Pakatan pembangkang I.N.D.I.A yang dipimpin oleh Parti Kongres pula menang 223 kerusi, lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum undian.
Modi dan parti beliau mungkin membentuk kerajaan, tetapi bergantung kepada jumlah sekutu yang menyokong mereka untuk melepasi majoriti 272.
Pakatan BJP bersama sekutunya dalam National Democratic Alliance (NDA) memenangi 283 kerusi.
India kemungkinan akan mempunyai kerajaan NDA disebabkan BJP tidak mempunyai majoriti mudah sendiri.
Namun, para penganalisis politik India berkata bahawa keputusan pilihan raya menimbulkan persoalan tentang strategi BJP.
Semasa kempen pilihan raya, Modi menumpukan perhatian kepada propaganda plot yang didakwa oleh pembangkang untuk menyerahkan sumber negara kepada orang Islam.
Pada masa yang sama, pembangkang cuba menyerang Modi atas rekod ekonomi kerajaannya. Walaupun negara itu merupakan ekonomi utama yang paling pesat berkembang di dunia, ramai rakyat India mendakwa inflasi tinggi dan pengangguran adalah kebimbangan utama bagi mereka.
Slogan kempen BJP, “Abki baar, 400 paar” (Kali ini, lebih dari 400), menetapkan sasaran 400 kerusi untuk pakatannya, dan 370 kerusi untuk BJP sendiri.
Ketika ini ramai dalam masyarakat India berurusan dengan realiti naiknya harga barang, pengangguran dan ketidakadilan pendapatan sehingga lebih buruk daripada semasa pemerintahan kolonial British.
“Keputusannya adalah seperti tidur berjalan bagi BJP menuju bencana. Hari ini, Modi telah hilang air mukanya. Beliau bukan lagi orang yang tidak terkalahkan dan aura yang tidak dapat dimusnahkan tidak lagi ada,” kata Asim Ali, seorang penganalisis politik dan penulis kolumnis.
Walaupun mengalami kegagalan, BJP masih lagi menjadi parti terbesar di parlimen dan berpeluang membentuk kerajaan seterusnya bersama sekutunya NDA.
Sedangkan parti pembangkang terbesar iaitu Kongres hanya memenangi 99 kerusi, kurang daripada separuh jumlah yang dijangka BJP akan menang apabila semua undi dikira.
Modi dalam ucapan mengatakan, “Semua lawan kita, digabungkan, tidak memenangi sebanyak yang dimenangi BJP sendiri.”
Walau bagaimanapun, dua parti di dalam NDU kini akan memegang kunci kepada jawatan perdana menteri India.
Dua parti tersebut ialah Janata Dal-United, yang dipimpin oleh Nitish Kumar di negeri Bihar dan Telugu Desam Party, yang dipimpin oleh Chandrababu Naidu di negeri selatan Andhra Pradesh.
TDP memenangi 16 kerusi dan JD(U) 12. Kedua-dua parti tersebut juga sebelum ini pernah bersekutu dengan parti Kongres.
Persoalannya, siapa yang akan memimpin kerajaan India nanti? Adakah masih Modi?
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source