Hari Dimana Maradona Jaringkan Hand of God
Sempena Kejohanan Copa America dan Euro yang sedang berlangsung sekarang, saya ingin ceritakan sebuah kontroversi yang paling epik dalam sejarah bola sepak.
Genap 38 tahun yang lalu pada 22 Jun 1986, di Stadium Azteca, Mexico City, Diego Armando Maradona, pemain legenda Argentina menjaringkan gol “Hand of God” dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang England.
Perlawanan itu berlangsung dengan penuh ketegangan, tidak hanya kerana ianya suku akhir Piala Dunia tetapi juga disebabkan latar belakang politik antara Argentina dan United Kingdom akibat Perang Falklands pada 1982.
Gol pertama Maradona dalam perlawanan ni menjadi salah satu detik paling kontroversi dalam sejarah bola sepak.
Pada minit ke-51, Maradona melompat untuk menerima hantaran yang tersasar daripada Steve Hodge.
Dalam situasi itu, penjaga gol England, Peter Shilton turut melompat untuk menepis bola. Namun, Maradona menggunakan tangan kirinya untuk menolak bola masuk ke gawang.
Tindakan ini tidak disedari oleh pengadil perlawanan, Ali Bin Nasser dan gol tersebut disahkan.
Pemain-pemain England segera memprotes gol tersebut, tetapi tiada apa yang dapat mengubah kenyataan bahawa gol tersebut telah diberikan. VAR pun tak wujud lagi masa tu.
Maradona pun tahu sebenarnya gol tu sepatutnya tidak sah dengan pantas memberi arahan kepada rakan sepasukannya untuk terus meraikan gol tersebut.
Maradona kemudian mencatat satu lagi gol hanya beberapa minit kemudian. Gol kedua ini dikenali sebagai “Goal of the Century” kerana keindahan gelecekan yang tak mampu ditiru mana-mana pemain ketika itu.
Maradona melarikan bola dari kawasan tengah padang, “mengayam-ayamkan” hampir seluruh barisan pertahanan England termasuk penjaga gol sebelum menyudahkan dengan tenang ke dalam gawang.
Kedua-dua gol ini memberikan kemenangan 2-1 kepada Argentina dan memastikan tempat mereka di separuh akhir Piala Dunia. Dan tanpa gol ini juga, mungkin Argentina takkan menjulang Piala Dunia kedua mereka.
Selepas perlawanan, Maradona tak pernah meminta maaf atas tindakannya. Sebaliknya, beliau menggelar gol tersebut sebagai ‘Hand of God’ dan menegaskan bahawa ia adalah simbolik kepada perjuangan rakyat Argentina. Gol itu juga menjadi simbolik kepada kehebatan dan kontroversi yang menyelubungi kariernya.
Perlawanan itu bukan sahaja dikenang kerana gol ‘Hand of God’ tetapi juga kerana gol kedua Maradona yang menakjubkan. Kedua-dua gol ini telah mengukuhkan status Maradona sebagai salah satu pemain terhebat dalam sejarah bola sepak walaupun penuh dengan kontroversi.
Sebagai bukti betapa besar impak perlawanan itu, jersi yang dipakai Maradona ketika perlawanan tersebut telah dijual pada harga rekod £7.1 juta (sekitar $9 juta) dalam satu lelongan.
Jersi tersebut yang menjadi salah satu artifak bola sepak paling berharga ini sebelumnya dimiliki oleh Steve Hodge, pemain England yang secara tidak sengaja memberikan hantaran yang membawa kepada gol “Hand of God.”
Hodge bertukar jersi dengan Maradona selepas perlawanan dan menyimpan jersi tersebut selama bertahun-tahun sebelum memutuskan untuk menjualnya.
Hari di mana Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan ini akan terus diingat dalam sejarah bola sepak sebagai momen yang mendefinisikan kehebatan dan keperibadian seorang legenda.
Setelah 38 tahun, peristiwa ini tetap menjadi topik perbualan dan analisis yang mengukuhkan legasi Maradona dalam dunia bola sepak.
Jangan ingat Hand of God ni ada pada Maradona sahaja tau. Di Malaysia pun pernah berlaku. Tak percaya, cuba tanya Shukor Adan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya.
Korang boleh baca macam mana Jürgen Klopp bawa Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah dengan lebih terperinci di dalam LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:
https://shope.ee/5fPTPWY9UL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source