Alyah dapat ilham beri nama anak angkat dari restoran di R&R Ayer Keroh
Penyanyi terkenal, Datin Alyah dapat ilham beri nama anak angkatnya, Nur Izzara sempena sebuah restoran yang ditemui di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh.
Tiada pengalaman sebelum ini
Memetik laporan dari Mstar, Alyah menyatakan yang dia tidak ada pengalaman berkenaan pemilihan nama anak dan secara kebetulan singgah di R&R Ayer Keroh.
“Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah ke R&R dan ada restoran Izzara di situ,” jelas Alyah.
Alyah dapat ilham beri nama anak sempena restoran di R&R
Pada awalnya, dia bercadang mahu memberi nama Izara Aisyah namun bimbang ada kekeliruan di kemudian hari dan ibunya mencadangkan agar memilih nama Nur Izzara sahaja.
“Saya nak letak nama Izara Aishah tapi risau orang keliru dan ibu saya pula nasihat untuk letak Nur jadilah Nur Izzara,” katanya.
Artikel lain: Alyah perkenal Nur Izzara, ‘buah hati’ penyeri hidup bersama Ramli MS
Alyah dapat ilham beri nama anak, awalnya nak beri nama Izara Aisyah
Dalam pada itu, isteri kepada Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau Tok Ram mengakui dirinya masih dalam proses belajar menjadi seorang ibu.
“Saya masih lagi dalam proses menjadi ibu sebab pengalaman menjaga anak saudara berlainan dengan Izzara yang ada 24 jam bersama saya,” ujarnya.
Anak angkat adalah rezeki
Menurut penyanyi lagu Kisah Hati ini, dia dan Tok Ram tidak pernah merancang ingin mengambil anak angkat dan merasakan apa yang terjadi adalah satu rezeki buat mereka.
“Saya memang tak pernah rancang untuk ada anak angkat… ramai nak beri tapi saya tak nak sebab komitmen anak ini bukan macam kucing.
“Tapi selepas dapat panggilan haji saya dapat bayi ini setelah dua hari dia dilahirkan.
“Saya tak boleh nak kongsi sebab apa ibu bapanya tidak menjaga dia tapi saya rasa ini rezeki saya dan Tok Ram,” luahnya.
Terdahulu, Datin Alyah telah memaklumkan tentang kehadiran orang baru dalam keluarganya apabila mengambil anak angkat pada 6 Jun lalu.
Dia juga telah berkongsi momen sewaktu majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji tempoh hari.
Sekadar info, Alyah dan Datuk Ramli MS telah mendirikan rumah tangga pada 2013 di Indonesia.
Sumber: Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source