Ejen produk kanak-kanak, MommyHana terima habuan hampir empat juta!
Syarikat pengeluar produk kanak-kanak, MommyHana telah berkongsi rezeki dengan memberi habuan hampir mencecah RM4 juta kepada ejen-ejen sekali gus berbesar hati menghadiahkan outlet bernilai RM1 juta kepada mereka yang bertuah.
Pengasas dan pengarahnya, Hana Shahadan berkata, penghargaan yang diberikan kepada ejen-ejen produk yang menggunakan tagline ‘Betul-Betul Bijak’ ini berdasarkan usaha dan pencapaian diraih mereka sepanjang berkhidmat dengan syarikatnya.
Hana berkata, pengiktirafan dan pemberian anugerah khas kepada ejen-ejen atau lebih dikenali sebagai MommyHana Fighters yang pada awalnya hanya suri rumah biasa telah menimbulkan satu perasaan sangat bermakna buat dirinya sebagai pengasas produk berkenaan.
“MommyHana ni bermula dengan suri rumah yang takde apa-apa.
“Bila kita dapat kongsi segala pendapatan kita ada, macam bonus dan ganjaran kepada mereka yang juga suri rumah seperti saya merupakan satu perasaan sangat bermakna.
“Perasaan tu memang tak dapat digambarkan sebab kita mampu ubah hidup ejen-ejen ni terutama dari segi kewangan dan kerjaya mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Oh My Media pada Majlis Malam Pesona Klasik MommyHana 2024 di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 6 Julai lalu.
Dalam pada itu, Hana menjelaskan bahawa dengan adanya MommyHana, golongan suri rumah bukan sahaja dapat fokus kepada kerja malah mereka juga mampu untuk memberi perhatian kepada anak-anak.
“Kalau dulu suri rumah ni diperlekehkan kerana tiada pendapatan tapi bila kita kongsikan peluang ni mereka dapat naik taraf hidup.
“Ada yang dapat beli kereta, beli rumah, pergi bercuti. Apa je yang mereka buat mampu untuk perbaiki kehidupan.
“Selain dapat kongsi rezeki, MommyHana dapat bantu mereka untuk bangkit. Dari ‘kosong’ dan sering diperlekehkan kini menjadi seseorang yang istimewa,” jelasnya.
Artikel lain: Usahawan kongsi rezeki, beri makanan percuma kepada golongan memerlukan
Sementara itu, salah seorang penerima outlet MommyHana di KL East Mall iaitu Nurhafizah Kamil mengakui tidak menyangka terpilih menjadi salah seorang penerima anugerah khas selain rasa syukur serta gembira atas kejayaannya pada malam tersebut.
Difahamkan, kejayaan Hafizah dalam tempoh lima tahun itu bermula sebagai pelanggan sebelum menyebarkan manfaat produk kepada masyarakat dengan menjadi ejen lalu dilantik menjadi ketua.
“Saya rasa teruja dan terkejut juga sebab niat saya dalam MommyHana ni cuma nak jadi ejen sahaja tapi alhamdulillah, MommyHana sangat berbesar hati untuk hadiahkan saya outlet.
“Saya memang pengguna produk, kemudian nampak anak saya mula menghafal al-Quran. Saya bagi dia audio device quran sewaktu kecik sebab tak berhenti menangis… jadi bila dia dapat je alat itu, terus senyap dan tidur,” ujarnya.
Hafizah berkongsi, untuk memiliki 10,000 ejen aktif dibawahnya bukanlah perkara yang mudah memandangkan dia perlu berkorban masa dan belajar daripada menjadi seorang suri rumah kepada seorang usahawan.
Sementara itu, seorang lagi pemenang outlet Shah Alam, Siti Aishah Shukor mengakui pencapaiannya bermula daripada semangat serta sentiasa bersedia dengan segala cabaran pada masa akan datang.
“Saya dengan MommyHana ni baru setahun. Alhamdulillah perjalanan itu dipermudahkan dan kejayaan saya genaplah setahun.
“Saya berharap agar MommyHana menjadi jenama produk kanak-kanak nombor satu di Malaysia yang dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak hebat di negara ini.
“Bila orang ingat kanak-kanak, ingat MommyHana,” katanya.
Pada majlis sama, MommyHana secara rasminya turut melantik lima orang duta baharu bagi tahun 2024/2025 iaitu Rania Amanda, Umar Al-Amsyar, Syakila Abdul Latif, Aqil Zulkiflee dan Bang Aji.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source