Hidap migrain punca Shima buka tudung, dah bincang dengan doktor & suami
Hidap migrain punca Shima buka tudung dan perkara itu sendiri didedahkan oleh penyanyi veteran yang terkenal menerusi lagu “Teringin”, baru-baru ini.
Penjelasan itu dibuat selepas Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman memuat naik sebuah video di platform TikTok.
Dalam video itu, Shima yang mengenakan baju berona merah menitipkan kata-kata aluan buat para pengikutnya.
Dia juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengikuti (follow) akaun TikTok yang baru saja diwujudkannya.
“Good evening, everyone. Assalamualaikum, saya Shima (Teringin), jemput follow akaun saya,”katanya.
Artikel lain: Lelaki kongsi konten kerja takaful, netizen persoal mana dapat data pelanggan?
Hidap migrain punca Shima buka tudung
Memetik laporan mStar Online, penyanyi berusia 55 tahun itu memberitahu dia sudah lebih tiga tahun tidak berhijab atas alasan faktor kesihatan.
Malah, dua juga sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan tersebut.
“Saya sudah lama tidak pakai tudung. Tapi disebabkan kehidupan saya agak private, jadi orang tak tahu.
“Saya selalu berdepan migrain. Jadi, saya tak boleh kena panas sebab saya ada alahan.
“Selepas dapatkan nasihat doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung. Bukan suka-suka saya buka,”jelasnya.
Dalam pada itu, Shima juga tidak kisah seandainya orang ramai mengutuk keputusannya untuk membuka tudung dan menerima ia dengan hati terbuka.
@shima.teringin ♬ original sound – Shima Teringin Official – Shima Teringin Official
Sumber: mStar Online (Allya Abu Bakar), TikTok @shima.teringin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source