Neelofa selesa kaburkan wajah anak, dedah ramai dah lihat Abdullah Abbas
Pelakon Neelofa selesa kaburkan wajah anak dan akui lebih selesa kedua-dua cahaya matanya tidak terlalu menonjol dalam media sosial.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata, meskipun anak kedua Abdullah Abbas kini sudah berusia setahun, namun dia masih belum terfikir untuk berkongsi wajahnya.
“Saya lebih selesa tak tunjuk dan sukakan begitu. Macam Muhammad Bilal, orang sudah tengok, tapi saya tetap ‘blur’ wajahnya,” katanya ringkas.
Artikel lain: Netizen dakwa Neelofa tiru stail Fazura, peminat backup -“Dia je boleh pakai tudung topi?”
Neelofa selesa kaburkan wajah anak
Sementara itu, suami Neelofa yang juga selebriti, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, mereka tidak menghalang orang ramai melihat wajah anak-anaknya, malah sudah ramai yang melihat mereka.
“Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia ke sekolah.. lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya.
“Cuma kita tak ada la nak tonjolkan,”katanya.
Neelofa idam jadi suri rumah sepenuh masa
Disoal mengenai perkembangan terkini, Neelofa memberitahu dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama anak-anaknya.
“Suami suka anak-anak menjamah makanan dibuat di rumah sendiri, jadi saya elak beri makanan diproses. Saya buat sendiri di rumah.
“Saya suka memasak, tapi tidaklah memasak setiap hari. Alhamdulillah, ada sebab yang baik untuk bangun pagi, buat sarapan.
“Saya pun ada cakap pada suami, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak.
“Seperti bisnes Nunha ini pun kami sedang mencari orang boleh ambil alih bahagian saya. Sebab saya nak duduk di rumah sahaja. Saya seorang ibu yang ‘hands on’. Walaupun ada pembantu, tapi saya tetap mandikan anak, memasak dan sebagainya,” katanya lagi.
Tambah Neleofa, buat masa ini dia mahu memberi fokus membesarkan anak-anaknya dan projek terakhirnya adalah Next Neelofa yang disiarkan pada Ramadan lalu.
“Tawaran ada tapi kalau berlakon tidaklah.
“Bukanlah bermaksud saya nak bersara, tapi mahu lebih masa di rumah. Namun, saya tak kisah buat sesuatu sekali sekala untuk industri hiburan.
“Mungkin anak-anak sudah besar saya boleh susun dengan cara berbeza,”kongsi Neelofa.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin), BH Online (Fatin Farhana Ariffin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source