Rakan luah rasa rindu, titip pesan buat Alif Teega & Aisyah Hijanah banyakkan baca al-Quran
Berita mengenai pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan Alif Teega mendapat perhatian ramai termasuk rakan luah rasa rindu selepas mereka direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua mereka itu ditahan oleh SPRM dan disiasat atas dakwaan penyelewengan pecah amanah dana derma awam.
Rakan luah rasa rindu
Sudah beberapa hari dalam tahanan reman, rakan kepada pasangan itu iaitu penyanyi, Furqan Fawwaz meluahkan rasa rindu menerusi sebuah hantaran di media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok, dia berkongsi sepotong video memaparkan momen mereka bersama.
Muhammad Furqan Fawwaz mengakui dia sudah merindui sahabatnya, namun meninggalkan pesanan buat mereka untuk mengisi masa lapang sewaktu tahanan dengan membaca al-Quran.
“Miss them already. Banyakkan baca Quran dekat ‘dalam’ itu Alif dan Aisyah,”tulisnya.
Banyakkan solat sunat taubat
Dia turut berpesan agar pasangan pempengaruh yang juga usahawan itu melakukan solat sunat agar segala masalah menemui jalan penyelesaian.
“Solat sunat taubat dan solat-solat sunat yg lain. Masa ini lah kita banyak masa dengan Allah,”pesannya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Furqan berkata dia amat menyayangi dan merindui dua sahabatnya itu.
“Aku sayang korang dan tiada benda yg aku mampu bagi sekarang melainkan hanya doa supaya korang dikuatkan mental and fizikal,”luah Furqan Fawwaz.
@furqanfawwaz Miss them Already 🥹 . . Banyakkan baca Quran kt dalam tu lep syahh.. solat sunat Taubat dan solat2 sunat yg lain, masa ni lah kita banyak masa dengan Allah. Aku sayang korang dan takde benda yg aku mampu bagi sekarang melainkan hanya doa supaya korang dikuatkan mental and fizikal 🥰🙏🏻
Terdahulu, SPRM telah bertindak membekukan kira-kira 20 akaun perbankan membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Menurut sumber, akaun-akaun yang dibekukan itu adalah akaun milik individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.
“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) telah menyita dan membekukan hampir 20 akaun milik individu serta syarikat bagi membantu siasatan dijalankan.
“Kemungkinan akan ada beberapa lagi akaun perbankan yang akan turut disita serta dibekukan oleh SPRM,” kata sumber.
Artikel lain: Aliff Teega & Aisyah Hijanah kekal tenang direman empat hari -“Doa yang baik2..”
Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan pembekuan beberapa akaun milik individu serta syarikat susulan siasatan SPRM terhadap pasangan pempengaruh terbabit.
Katanya, sitaan dan pembekuan akaun-akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Sumber: TikTok Furqan Fawwaz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source