“Silap anak saya, tak buat laporan polis bila diugut..”
Bapa kepada suspek kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, terima ujian yang menimpa keluarga mereka sekeluarga.
Menurut laporan Sinar Harian, warga emas yang berusia 64 tahun itu berkata apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman sekiranya benar dia bersalah walaupun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.
Bukan itu sahaja, dia memberitahu suspek yang sudah berkhidmat selama empat tahun sebagai anggota polis adalah seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
Farah Kartini
Artikel lain: Suspek kes Farah Kartini seorang anggota polis, kini bertugas di Perak
Sumber gambar: Astro Awani (Shahir Omar)
Suspek juga anak harapan keluarga memandangkan dalam adik beradik hanya dia dan seorang lagi kakaknya bekerja dalam sektor kerajaan.
Tambahnya, dia sedari perubahan sikap suspek sewaktu bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.
“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.
“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, dia meminta kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi laluan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Farah Kartini
“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya sebak.
Terdahulu, Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan tidak bernyawa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, petang Isnin.
Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan dipercayai dibunuh individu dikenalinya.
Susulan itu, seorang penjawat awam (polis) berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan berang kerana didesak untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek disyaki menjadi punca Nur Farah Kartini dibunuh.
Sumber mendakwa konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source