Amin Idris tegur pihak cetus spekulasi kes Farah Kartini -“Jangan hina orang telah tiada”
Penceramah bebas, Amin Idris tegur pihak cetus spekulasi kes Farah Kartini tidak kiralah sama ada ia sahih apatah ataupun tidak.
Perkara jijik hina orang telah tiada
Menerusi perkongsiannya di media sosial, Amin meminta netizen berhenti menghina orang yang sudah tiada kerana perkara tersebut sangat menjijikan.
@iamaminidris JANGAN HINA ORANG YANG SUDAH MATI . Trend menghina orang yang sudah mati termasuk sesiapa yang kita tidak setuju sangat menjijikkan. Tolong henti sikap komen menghina si mati dengan bermacam spekulasi tak kiraalah samada ia sahih apatah lagi jika ianya fitnah. Amaran Nabi SAW; . لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا Janganlah kalian mencela orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sudah mendapatkan apa yang mereka kerjakan. (Riwayat Bukhari) . Sekurang-kurang cuba berada di tempat ahli keluarga arwah. Apa perasaan mereka bila orang mengata macam-macam tentang ahli keluarga yang telah pergi? . Jika ada dosa yang pernah dibuat oleh arwah sekalipun, doakanlah moga Allah mengampuninya dengan doa: . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Ya Allah, ampunilah dia (wanita) dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampuni dosa dan kesalahannya.” #nurfarahkartini #tazkirahironman
Amin Idris tegur pihak cetus spekulasi, nabi juga larang dalam hadis
Dalam pada itu, dia turut menyertakan sekali hadis daripada Rasulullah S.A.W berkenaan larangan mencela orang yang telah meninggal dunia kerana mereka sudahpun mendapat ‘hasil’ dari apa yang mereka lakukan sepanjang kehidupan.
“Janganlah kalian mencela orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sudah mendapatkan apa yang mereka kerjakan. (Riwayat Bukhari),” tulisnya.
Amin Idris tegur pihak cetus spekulasi, fikirkan tentang perasaan keluarga mangsa
Amin Idris juga meminta orang ramai memikirkan tentang ahli keluarga si mati yang ditinggalkan kerana mereka dalam keadaan bersedih kerana kehilangan insan tersayang lebih-lebih lagi dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka.
“Sekurang-kurang cuba berada di tempat ahli keluarga arwah. Apa perasaan mereka bila orang mengata macam-macam tentang ahli keluarga yang telah pergi?,” ujarnya lagi.
Salam takziah buat keluarga Farah Kartini
Jadi, penceramah berkenaan berharap semua pihak untuk memaafkan si mati jika dia ada melakukan kesalahan dan mendoakannya diampuni segala dosa.
Amin turut mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang kesnya kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Artikel lain: Suspek berang Nur Farah Kartini ugut dedah hubungan sulit kepada isteri – Sumber
Ini semua pengajaran untuk kita
Perkongsian yang dibuat oleh Amin Idris telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang disampaikan serta meminta untuk orang ramai menjaga tutur kata memandangkan setiap daripada kita mempunyai keluarga serta anak-anak.
Sama2 kita doa anak-anak kita dilindungi
Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku
Terdahulu, penemuan mayat dipercayai Nur Farah Kartini di sebuah kebun kelapa sawit di Hulu Selangor merungkai kehilangan mangsa yang tidak dapat dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Susulan daripada itu, seorang anggota polis yang juga merupakan kenalan mangsa telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kematian Farah Kartini.
Pelbagai spekulasi negatif telah bertebaran lebih-lebih lagi mengenai hubungan mangsa dan suspek yang dipercayai sudah mengenali antara satu sama lain sejak mangsa masih bergelar pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sumber: TikTok iamaminidris
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source