Kenal sejak remaja, hubungan Zarina Anjoulie dan Nedim ibarat adik abang
Pelakon Zarina Anjoulie dan Nedim Nazri hanyalah teman biasa yang sudah lama berkenalan dan hubungan mereka boleh diibaratkan sebagai abang dan adik
Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, Zarina menjawab dakwaan orang ramai berkenaan hubungannya bersama bekas suami pelakon Nora Danish selepas meluahkan rasa rindu kepada Nedim.
Hubungan Zarina Anjoulie dan Nedim
Menurut selebriti media sosial itu, dia sudah mengenali Nedim sejak usia 19 tahun, malah keluarga lelaki itu juga mengetahui tentang persahabatan mereka.
“Ya saya rindu Nedim sebab dia macam abang kepada saya. Nedim dan saya dah lama kenal sejak saya umur 19 tahun. Saya tak pernah muat naik pasal benda ni.
“Tak semua benda saya kena dedahkan termasuk dengan siapa saya berkawan. Ada sesetengah benda saya tak nak orang tahu.
“Nedim ibarat abang saya, keluarga dia tahu dan ayah dia pun tahu, semua tahu. Siapa yang tahu, tahulah. Kami tak ada hubungan pelik-pelik tapi berhenti berkawan selepas dia berkahwin.
“Lagipun saya janda, jadi tak manis kalau nak berkawan dengan laki orang walaupun kami dah ibarat adik beradik,” katanya.
Artikel lain: Anju luah rindu pada Nedim, Nora Danish tak kisah jika mereka bersama
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut menyatakan Nora juga tahu mengenai hubungan persahabatan antara dia dan Nedim.
Katanya, selepas Nedim dan Nora bercerai mereka mula berhubung kembali untuk bertanyakan khabar sebagai abang dan adik.
“Nora juga tahu kami dah lama kenal tapi tak ada yang pelik-pelik, hanya ibarat abang dan adik. Selepas dah cerai, kami berhubung sebagai abang dan adik untuk bertanya khabar,” ujarnya.
Tiada hubungan pelik antara Zarina Anjoulie dan Nedim
Pada masa yang sama, Zarina bertegas Nedim seorang lelaki yang baik dan dia amat mencintai Nora dan akan sentiasa mencintai aktres itu sahaja.
“Nedim seorang lelaki yang baik, dia bukan jenis yang nak cari perempuan lain. Dia kalau sayang satu perempuan, dia sayang perempuan tu. Dia cinta kepada Nora dan sentiasa akan mencintai Nora. Saya hormat Nora dan Nedim, dan kami tiada apa-apa.
Zarina Anjoulie dan Nedim sudah lama berkenalan
“Berhenti buat spekulasi yang Nedim ni cari perempuan lain selepas bercerai. Berhenti cari salah dia. Beri ruang dan masa kepada Nedim dan Nora untuk sembuh, mereka berdua orang yang baik,” luahnya.
Sementara itu, Zarina turut menitipkan pesan buat netizen untuk berhenti bermimpi memiliki Nedim kerana dia pasti lelaki itu tidak mahukan orang lain.
Berteman sejak remaja, Zarina Anjoulie dan Nedim ibarat adik beradik
Sekadar, Zarina membuat hantaran di InstaStory meluahkan rasa rindu terhadap Nedim sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu, Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl namun pasangan itu sah bercerai pada 16 Jun lalu.
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source