Anak dah boleh jadi imam, Syatilla Melvin sebak ketika solat
Pelakon Syatilla Melvin sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menawarkan diri menjadi imam solat sekitar bulan lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syatilla telah memuat naik foto memaparkan anak lelakinya itu sedang menunaikan solat sambil meluahkan perasaannya.
Syatilla Melvin sebak anak dah boleh jadi imam
“Sekadar berkongsi, anak kami dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam saya bulan lepas,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun itu turut meluahkan rasa bangga terhadap Syeriv selepas merasa dipimpin solat oleh anak sendiri.
Artikel lain: Mata kemerahan, Syatilla Melvin diserang virus misteri – “Badan lembik tiada tenaga”
“Mengalir air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh, dia betul-betul boleh pimpin saya solat Maghrib dekat surau foodcourt.
“Saay takkan lupa surau tu sampai mati,” luahnya.
Sementara itu, Syatilla sempat menjelaskan dia tidak memaksa anak lelakinya itu untuk menjadi imam namun Syeriv sendiri menawarkan diri.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang saya faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut berbangga dengan pencapaian Syeriv disamping memuji anak kecil itu.
Syatilla Melvin sebak, semoga Syeriv jadi anak soleh
Dah besar dah Syeriv
Alhamdulillah
Kita pun ikut Syatilla Melvin sebak
Sekadar info, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama aktor Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source