Lepaskan kerisauan depan Kaabah, Bella Astillah sebak hingga ditenangkan
Selebriti, Bella Astillah sebak hingga ditenangkan sewaktu berada di hadapan Kaabah ketika sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini.
Video diambil tanpa disedari
Menerusi posting Bella di Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa video yang dirakam sama sekali tidak disedari olehnya dan ternyata ketika itu dia sedang menangis sehingga ditenangkan orang sekeliling.
Bella Astillah sebak hingga ditenangkan, lepaskan segala kesedihan
Tulis pelakon itu di ruangan kapsyen, dia menyatakan bahawa Mekah merupakan satu tempat yang membuatkan hatinya tenang dan sehingga berjaya melepaskan segala kerisauan dan keinginan kepada Allah S.W.T.
“Makkah adalah tempat dimana hati mendapat ketenangan, sebagaimana kita menyerahkan kerisauan dan keinginan kita kepada Allah,” tulisnya.
Bella Astillah sebak hingga ditenangkan, bersyukur diberi peluang ke sana
Dalam pada itu, Bella turut mengungkapkan rasa syukur serta berterima kasih kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menjadi tetamu disana.
“Terima Kasih ya Allah kerana menjemputku menjadi tetamu Mu, tidak terungkap dengan kata kata atas segala nikmat dari-Nya.
“Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua inshaAllah…” ujarnya lagi.
@bellaastillah_94 Bismillahirrahmannirrahiim & Assalammualaikum, Bella akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah inshaAllah. Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja. Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah S.W.T Aamiiin yra.. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. InshaAllah ✨ #SatuHariNanti
Artikel lain: “Ayden, jadilah lelaki baik, pintar, yang menghormati perempuan” -Bella Astillah
Mengadu sepuasnya kepada Allah
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengenangkan kembali perjalanan kisah selebriti itu yang penuh onak dan duri lebih-lebih lagi dalam rumah tangganya.
Mereka juga tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepada Bella agar terus kuat dan tabah bagi meneruskan kehidupannya yang mendatang bersama anak-anak dan keluarga tersayang.
Masa dia letak tangan di dada, terasa betapa sakitnya jiwa
Keperitan dia siapa je yang tahu
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, telah mengerjakan ibadah umrah tanpa ditemani anak-anak ataupun ahli keluarga yang lain.
Dia yang telah sah bercerai talak satu dengan aktor Aliff Aziz pada pertengahan Jun lalu dilihat terus memandang kehadapan tanpa memikirkan lagi kontroversi membabitkan bekas suami.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source