Abby Abadi minta netizen kurangkan hasad dengki, didakwa kurus cara tak sihat
Pelakon, Abby Abadi minta netizen kurangkan hasad dengki susulan dirinya berjaya tampil dengan gaya baru dan kurus, baru-baru ini.
Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan,47, berkata, dia amat kesal apabila didakwa menjalani gaya hidup tidak sihat.
Abby Abadi minta netizen kurangkan hasad dengki
Abby bagaimanapun mengaku menjalani prosedur pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu, namun tidak menampakkan hasil akibat gagal menjaga diri.
“Saya buat bariatrik sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi gagal sebab mengharapkan keajaiban kurus. Padahal kalau tak jaga, saya turun sikit sahaja.
“Sudah bertahun-tahun saya buntat (gemuk), dua tahun kebelakangan ini berat saya dekat 80 kilogram. Tiada siapa pun peduli,”luahnya.
Apa yang membuatkan dirinya kesal apabila amalan gaya hidup aktif serta diet tidak dipercayai netizen sehingga ada yang meninggalkan komen negatif.
“Bila kita kurus sebab jaga makan, buang nasi, buang gula, bersenam, detox tiba-tiba ada yang muncul komen menghentam. Macam iri sangat kenapa macam itu?” katanya dalam Instastory.
Dalam hantaran sama, ibu kepada enam anak itu turut menunjukkan keadaan fizikalnya yang tampak berisi suatu ketika dahulu.
Enggan terus dicaci, Abby meminta orang ramai jangan terlalu negatif melihat kejayaan seseorang mengubah penampilan diri serta mampu menjalani gaya hidup sihat.
“Ambil jadi motivasi tak boleh ke? Kenapa mesti mencari salah? Buatlah apa-apa pun, tak jaga makan tak bersenam tak detox tetap bengkak juga.
“Tak ada magik ya kalau tiap-tiap hari minum air gas tapi nak kurus. kurangkan hasad dengki itu,” ujarnya.
Dua bulan turun 10-12 kg
Kongsinya lagi, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam tempoh 2 bulan.
Namun, ia berhasil atas usaha tidak mengambil minuman manis dan tidak makan nasi selain bersenam sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.
Artikel lain: Abby Abadi dipuji persis anak dara, berazam nak buang 10kg lagi
Terdahulu, perkongsian Abby menunjukkan tubuhnya kembali langsing selepas mengikuti rejim senaman.
Bukan itu sahaja, dia juga dibantu anak sulung, Mohamed Danish Hakim, 21, yang bertindak sebagai jurulatih kecergasan selain memastikan dirinya tidak culas bersenam.
Sumber: IG Abby Abadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source