Fazura nafi rumah tangga bergolak, tak mahu tunjuk kebahagiaan di media sosial
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura nafi rumah tangga bergolak selepas tular dakwaan segelintir warganet menyatakan dia dan suami yang juga aktor, Fattah Amin dalam krisis.
Aktres berusia 40 itu menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.
Fazura nafi rumah tangga bergolak
Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana spekulasi tersebut boleh muncul.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak.
“Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama. Saya dan Fattah okey sahaja,”katanya.
Terkesan lihat saudara di Palestin
Selain itu, Fazura mengakui, kini lebih selesa mengehadkan sebarang hantaran mengenai kebahagiaan keluarga kerana menghormati apa yang berlaku di Palestin kini.
“Saya terkesan melihat mereka di Palestin. Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial.
“Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,”katanya lagi.
Tambah ibu kepada anak seorang puteri, dia juga mempunyai satu akaun media sosial yang khas dan dijadikan platform untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadi.
“Saya ada satu lagi akaun private. Di situ sesiapa yang ada boleh lihat foto kami bersama.
“Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul,”kongsi Fazura.
Dalam pada itu, Fazura turut akui bahawa dia jarang berjumpa Fattah berikutan jadual kerja yang padat.
“Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan,”kongsinya lagi.
Artikel lain: Fattah Amin bersyukur miliki Fazura-“Dia tak pernah biar saya senduk nasi sendiri”
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pada Disember 2020, pasangan selebriti tersebut telah menimang cahaya mata pertama mereka, Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Perkahwinan mereka jarang terpalit isu kurang enak kerana masing-masing dilihat tidak begitu mengumbar kemesraan di media sosial walaupun tetap memuat naik gambar bersama lebih-lebih lagi sejak mempunyai anak tersayang.
Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source