Dah 5 hari bercinta, Adira & Datuk Red rancang kahwin tahun depan lepas raya
Seperti sedang angau bercinta, penyanyi Adira Suhaimi dikhabarkan kembali bersatu dengan bekas suami, Datuk Red dan telah rancang kahwin tahun depan lepas raya.
Kemesraan dan kebahagiaan pasangan duda janda itu jelas terpancar dalam sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi video tular, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, 46, memaklumkan dia sudah lima hari menjalinkan percintaan bersama Adira.
@milahbunga Kemain ada anniversary 4hari couple 😄🤣 ingat ni budak sekolah wekk couple couple 🥱🤪 lucukkkk #fyp #foryou #yourpage #foryoupage❤️❤️ #adira #adirasuhaimi #red #abangred #abgred #tokred @adirasuhaimi.AMI @abg red
Artikel lain: Adira Suhaimi malas nak bercinta & bazir duit, beri bayangan mahu rujuk Datuk Red?
Adira beri peluang kedua
Malah Adnan juga bersyukur apabila Adira dapat menerimanya semula dan memberi peluang kedua untuk memperbaiki rumah tangga mereka.
Ujarnya, peluang tersebut diberi selepas Adira melihat perubahannnya dan kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing semula.
“Ya, saya dan Adira kembali bersama. Apa yang dilihat dalam siaran langsung sebelum ini memang kami telah berbaik,”kata Datuk Red.
Rancang kahwin tahun depan lepas raya
Sebagai tanda kesungguhan, dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira untuk membincangkan mengenai perancangan perkahwinan semula mereka.
“Selepas raya Aidilfitri tahun depan, Insya-Allah kami akan ke langkah seterusnya. Saya sudah pun berbincang dengan abang Adira mengenai perkara ini,”katanya.
Adnan juga memberitahu mereka sudah mempunyai tarikh sesuai bagi mengadakan majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun, buat masa sekarang mereka berdua mahu memberi fokus untuk mencari rezeki terlebih dahulu.
“Keluarganya juga ada menasihatkan kami untuk berkahwin semula. Lagi pun umur saya bukan muda lagi, jadi lebih baik saya kahwin saja dengan Adira semula.
“Buat masa sekarang kami masing-masing memberi fokus kepada usaha mencari rezeki dahulu,” katanya.
Sekadar info, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Sumber: TikTok Milah Bunga, mStar Online (Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source