Bakal bergelar mutawif, Pak Ya cari kerjaya yang dekat dengan Allah & agama
Pelawak senior, Pak Ya cari kerjaya yang dekatkan diri dengan Allah dan agama apabila bakal bergelar mutawif tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian daripada Mstar, Pak Ya atau nama sebenarnya, Ilya Buang, 57 memaklumkan yang dia kini mahu berubah angin apabila bakal menjadi mutawif yang membawa jemaah haji dan umrah bermula Disember nanti.
“Penghujung usia saya, saya teringin nak cari kerjaya yang lebih mendekatkan diri kepada Allah kepada agama.
“Kemungkinan saya akan berubah angin, saya mungkin menjadi mutawif ataupun pemimpin untuk umrah dan haji. Proses sekarang ni saya tengah berkursus untuk menjadi mutawif.
“InsyaAllah pada bulan 12 ni, saya akan ada trip pertama bersama syarikat yang dah stabil dan selepas ini saya akan bersama bekerja dengan syarikat tersebut sebagai mutawif,” ujarnya.
Pak Ya cari kerjaya dekatkan diri dengan Allah, ubah angin lepas bertahun2 di pentas lawak
Menurutnya, dia sudah pun mengikuti kursus untuk menjadi mutawif selama tiga bulan dan akan memulakan kerjayanya penghujung tahun ini.
Tambah Pak Ya, dia sudah lama memikirkan tentang hal tersebut dan apabila mendapat peluang, dia enggan mensia-siakannya.
“Dah fikir lama ni, tapi peluang tu takde kan. Tapi bila dapat peluang ni, terus ok ini kali jadilah dan saya fikir sampai bila saya nak naik pentas, sampai bila saya nak melawak kan.
“Mungkin saya masih berlawak tapi dengan cara yang berbeza dengan kumpulan yang berbeza.
“Sambil saya bekerja sambil saya beribadah,” ujarnya.
Pak Ya cari kerjaya yang sambil kerja dapat pahala juga
Dalam pada itu, Pak Ya turut menyatakan yang dia terbuka hati untuk menjadi mutawif memandangkan sama-sama suka pergi ke merata tempat bersama isteri.
Jadi, Mekah dan Madinah merupakan lokasi yang paling menyeronokkan daripada semua tempat pernah dikunjungi.
“Saya dan isteri saya suka travel. Antara tempat yang saya pernah pergi dan saya rasa best adalah Mekah dan Madinah
“Orang Islam kalau pernah pergi dia akan rasa rindu. tempat tu adalah satu tempat yang tenang, why not saya mulakan kerjaya saya ulang alik Malaysia dan ke sana. Sambil bekerja sambil dapat pahala
“Sebenarnya dah lama sya fikir tapi takde peluang,” jelasnya.
Artikel lain: Pak Ya alami masalah hempedu & jantung, bakal jalani prosedur endoskopi
Rezeki dapat jadi mutawif dan ke Tanah Suci
Anggota kumpulan lawak Senario yang kini turut bersama Sepahtu juga menyatakan sudah beberapa kali membuat rayuan bagi mengerjakan umrah, namun belum mendapat rezeki tersebut.
Dia juga akui sanggup membayar lebih bagi mendapat tempat ke sana dan peluang untuk menjadi mutawif hadir sekali gus seakan merealisasikan impian berkenaan.
Buat masa ini, Pak Ya masih lagi menjalani kursus bersama YEG Academy dimana Pu Riz dan PU Amin merupakan antara tenaga pengajar disana.
Sekadar info, Pak Ya telah mula aktif dalam industri seni sejak tahun 1995 apabila menyertai program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 dan kemudiannya bersama kumpulan Senario.
Ketika ini, pelawak senior berkenaan aktif bersama kumpulan Sepahtu dan sedang mengusahakan perniagaan makanan di kawasan Sungai Buloh.
Sumber: YouTube Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source