Tersilap guna logo orang, Kieda Crepe bengang khilaf diri dikaitkan dengan bapa
Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe bengang khilaf dirinya berkenaan kesilapan menggunakan logo orang sewaktu mencetak baju yang dijual telah dikaitkan dengan allahyarham bapanya yang telah meninggal dunia.
Menerusi hantaran di Insta Story Kieda atau nama sebenarnya, Khalieda Yusra telah memuat naik tangkapan layar komen daripada salah seorang netizen apabila mengaitkan ‘bapa’ dalam isu plagiat logo berkenaan.
Jangan main nama bapak!
Tindakan tersebut membuatkan Kieda Crepe bengang dan membalas komen jahat terbabit dengan agak tegas apabila memberi amaran supaya tidak ‘menyetuh’ hal bapa dalam isu itu.
“Jangan main nama bapak bar**,” tulis Kieda.
Kieda Crepe bengang, ibu bapa ajar jadi orang baik
Ujarnya, ibu bapanya telah mengajar untuk menjadi orang yang baik dan kesilapan dalam menggunakan logo orang lain berkenaan adalah kesalahan daripada dirinya.
Disebabkan sedar akan kekhilafan tersebut, dia tidak teragak-agak menarik semula jualan baju itu kerana enggan berniaga hasil daripada mencuri hak orang lain.
Kieda Crepe bengang, jangan kaitkan bapa
Jadi, dia berpesan supaya tidak mengaitkan bapanya dalam hal tersebut kerana ia adalah kesalahan dirinya sendiri tanpa ada hubungan dengan insan tersayang yang sudah meninggal dunia.
Artikel lain: Kieda Crepe mohon pembeli pulangkan semula baju ada logo ciplak, tak mahu makan duit haram
Tarik balik jualan baju ada logo ciplak
Dalam pada itu, Kieda dan suaminy, Hilmi Zaki telah memaklumkan yang pihak mereka memohon agar para pembeli memulangkan semula baju yang mempunyai logo ciplak dan akan menggantikannya dengan rekaan yang baru ataupun duit mereka dikembalikan.
@amykiedamerchadise Kita takkan lari dari masalah . Semua ni memang salah kita sebab tak research dulu tentang Logo-logo lain. Yang kita tengok cantik di google kita terus amik pakai . Tapi lepas ni akan jadi pengajaran untuk Amy untuk lebih berhati-hati🤲🏻 Dan kami memohon maaf atas kesilapan memakai logo EA tanpa kebenaran. Kami menarik balik semua jualan baju kami dan akan tukarkan kepada logo yang baru. In sha Allah , amy takkan kecewakan semua customer yg support dia. Yang komen kita makan DUIT HARAM sebab gunakan LOGO EA , kami maafkan. Dan untuk pengetahuan semua kami tarik balik baju yang kami dah buat jualan kami semalam. Semoga Allah permudahkan , terima kasih KETUA EA bekerjasama baik dengan kami 🤲🏻 In sha Allah, semua masalah ada jalan penyelesaian. Ini pengalaman dan pengajaran baru kami📌 Alhamdulillah Allah uji , Allah sayang. Harap semua customer yang membeli dapat bekerjasama dan amy akan cepat-cepat pos out balik baju hampa semua✨ @KIEDACREPEPENANG @KiedaCrepeHouse
♬ original sound – AMY KIEDA MERCHANDISE – AMY KIEDA MERCHANDISE
Hal ini susulan kenyataan yang dibuat pihak Elephant Army yang menyatakan logo mereka sudah didaftar secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah perbadanan harta intelek Malaysia.
Oleh itu, penggunaan logo Elephant Army daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab sama sekali tidak sah.
Terdahulu, pihak Kieda Crepe telah dikecam kerana mengeluarkan rekaan baju dengan logo dipercayai sama dengan Elepahant Army.
Disebabkan itu, usahawan pencuci mulut berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan tentang kesilapannya yang menggunakan gambar dari carian Google untuk mencetakkannya di atas baju keluaran syarikat bagi dijual kepada orang ramai.
Dia juga secara serta merta menarik semua penjualan tersebut dan meminta para pembeli memulangkan semula baju keluarannya yang mempunyai logo Elepahant Army.
Sumber: Instagram Kieda Crepe
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source