Sebab seekor unta, dua puak Arab ini berperang sampai 40 tahun!
Era Jahiliyah di Tanah Arab bermula sebaik saja runtuhnya Empangan Ma’rib pada 450 M. Era ini berpanjangan sehingga lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Era ini digelar sebagai era jahiliyah oleh kerana, masyarakat Arab ketika ini berada dalam kejahilan. Mereka mundur dalam ilmu pengetahuan dan hidup dalam kesesatan.
Secara politiknya, Tanah Arab tidak bersatu di bawah satu entiti politik. Impaknya, anarki, huru-hara dan keganasan menjadi falsafah kehidupan mereka.
Sifat kepuakan cukup tebal, sehinggakan puak-puak Arab ini sanggup keluar berperang semata-mata disebabkan hal yang remeh dan kecil.
Misalnya, kisah ‘Perang al-Basus’ menceritakan bagaimana seekor unta milik seorang wanita dari Banu Bakr dicederakan oleh ketua dari Puak Taghlib. Akhirnya berperanglah dua puak ini selama 40 tahun.
Sifat Asabiyyah melampau ini menjadi asbab perpecahan kronik bangsa Arab sebelum mereka akhirnya bersatu di bawah panji Islam kelak.
Dari sudut ekonomi, Puak Quraysh menjadi tunjang utama ekonomi pada era ini. Puak ini lahir daripada aktiviti ekonomi sejak Era Arab kuno. Mereka adalah aristokrat pada zaman ini.
Puak ini mengetuai aktiviti perdagangan dan membentuk pakatan dagang dengan masyarakat pedagang Kristian dan Yahudi di Tanah Arab.
Pada era ini, pasar dibuka di merata tempat, kafilah-kafilah sibuk berdagang ke sana sini, jajaran perdagangan bertebaran hampir di seluruh Tanah Arab. Kota Mekah menjadi hub dagang utama.
Pun begitu, kegiatan ekonomi yang berasaskan duit ini menyebabkan kian tebalnya sifat tamak dikalangan puak Arab. Kesannya, perang sering tercetus di antara mereka.
Dalam sudut agama dan kepercayaan, seperti kita tahu, masyarakat Arab pada era ini berada dalam kekufuran dan tidak mengesakan Allah. Mereka lebih selesa percaya kepada banyak tuhan.
Setiap puak punyai tuhan mereka tersendiri. Misalnya Puak Quraysh menyembah Al-Hubal. Arab badwi menyembah matahari dan Planet Venus. Lain-lain tuhan; al-Lat, al-Uzza dan al-Manat.
Haiwan ternakan bahkan manusia akan dikorbankan sebelum darah mereka dituang di atas altar penyembahan, sebelum mereka menari mengelilingi berhala pujaan mereka.
Demikianlah serba sedikit tentang keadaan Tanah Arab sebelum kemunculan sinar Islam.
Oleh: Fakhry Harraz
—
Jom selami kehebatan sejarah peradaban Islam dengan KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan sekarang di Shoppee The Patriots !
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source