MCPF tak setuju dengan SUHAKAM, hukuman buat tertuduh kes Zulfarhan setimpal
Pihak MCPF tak setuju dengan SUHAKAM apabila menyatakan bahawa hukuman buat tertuduh kes Zulfarhan Osman setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.
Memetik laporan dari Bernama, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memaklumkan yang mereka tidak bersetuju dengan bantahan dibuat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
MCPF tak setuju dengan SUHAKAM, hukuman gantung setimpal buat tertuduh
Hal ini dinyatakan sendiri oleh Naib Pengerusi Kanan MCPF Datuk Seri Ayub Yaakob apabila menyatakan yang pihak hakim mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman itu walaupun kerajaan telah menghapuskan hukuman mati mandatori bagi kes bunuh dan pengedaran dadah.
“Malah, sebahagian negeri di Amerika Syarikat masih melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah bagi kes membunuh. Malaysia tidak perlu terikut-ikut dengan budaya, perundangan dan amalan barat yang ternyata songsang dengan norma kehidupan manusia,” katanya.
Artikel lain: “Mana SUHAKAM ketika anak saya dibunuh kejam 7 tahun lalu?” -Bapa Zulfarhan
MCPF tak setuju dengan SUHAKAM, tindakan menyeksa hingga mati bertentangan dengan norma kehidupan
Tambah Ayub lagi, MCPF berpandangan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan Mahkamah Rayuan ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas, adalah tepat dan setimpal.
Tindakan menyeksa hingga menyebabkan kematian seseorang itu jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia, lebih-lebih lagi ia dilakukan golongan terpelajar
“Tindakan membunuh jiwa insan oleh pihak tidak berhati perut adalah sesuatu perbuatan diharamkan dalam Islam,” katanya.
Terdahulu, dalam satu kenyataan SUHAKAM telah membantah hukuman gantung sampai mati berkenaan dan berpendapat bahawa hukukan sebegitu bukanlah satu penyelesaian yang adil mahupun berkesan.
Hal ini susulan keputusan pihak Mahkaham Rayuan yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM yang mendera dan menyeksa allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sehingga meninggal dunia pada 2017.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan sebulat suara menyatakan hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila meminda pertuduhan asal daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source