Hubungan cinta gagal jadi sebab menyepi, Nonny Nadirah mahu kembali aktif
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah mahu kembali aktif dalam dunia seni selepas menyepi kira-kira tiga tahun lalu disamping turut mengakui kecewa dalam percintaan menjadi salah satu faktor dia menghilang.
Memetik laporan Harian Metro, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin bagaimanapun tidak berhasrat meninggalkan industri hiburan yang disertainya sejak 17 tahun lalu.
Nonny Nadirah mahu kembali aktif dalam dunia seni
“Saya sekarang sihat-sihat saja dan ingin kembali aktif dalam bidang seni sebab tiada istilah rehat atau ‘direhatkan’ pun selama saya menyepi sejak tiga tahun kebelakangan ini.
“Cuma, perkara berlaku secara tidak langsung. Selama itu, saya banyak menyendiri dalam dunia sendiri dan tak campur dengan orang. Sekarang barulah terbuka hati sebab ada tawaran menyanyi juga,” katanya.
Penyanyi berusia 35 tahun itu yang muncul menyertai festival makanan di Kajang, Selangor turut berkata agak sukar untuk dirinya berkongsi cerita mengenai apa yang berlaku terhadapnya selama ini kerana terlalu peribadi.
Artikel lain: Kerap kongsi video ‘nakal’, Nonny Nadirah malas peduli komen negatif
Mengulas hantaran video-video kontroversi yang dimuat naik aktres itu di Instagram baru-baru ini, Nonny berkata ada sebab dia membuat hantaran sebegitu.
Lama menyepi, Nonny Nadirah mahu kembali aktif
“Namun, saya tidak melakukannya untuk dapatkan publisiti. Video botakkan kepala itu sekadar nak bagitahu orang bahawa anda boleh potong rambut sendiri di rumah.
“Tak payah keluarkan duit pergi ke kedai. Jadi duit yang jimat itu mereka boleh simpan atau beli benda lain. Manakala, video ulasan saya sambil bertuala adalah bagi membantu promosi produk berkenaan,” jelasnya.
Tambah Nonny, video ulasan produk itu sudah pun ditarik semula di media sosialnya dan dia juga akan lebih berhati-hati selepas ini.
Gagal dalam percintaang, Nonny Nadirah mahu kembali aktif
Terdahulu, Nonny pernah menjalinkan hubungan bersama pelakon Niezam Zaidi dan telah pun merancang perkahwinan, bagaimanapun membatalkan rancangan itu namun tidak mendedahkan punca pembatalannya.
Sebelum ini, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source