Kenapa Ibu Bapa Korea Mengasingkan diri di ‘Kilang Kebahagiaan?’
Park Han Sil, seorang ibu berumur 50-an, menyertai satu program dipanggil ‘Kilang Kebahagiaan’ semata-mata kerana ingin memahami perasaan anaknya. Di sini, tiada sebarang alat perhubungan yang dibenarkan. Tiada telefon, tiada laptop, yang ada hanyalah ruang sebesar almari dan dinding yang menemani. Ini adalah pengalaman dalam program ‘kilang kebahagiaan’ yang dilalui oleh para peserta yang mengikutinya.
Jadi, kenapa para peserta ini sanggup melalui pengalaman ini?
Segala-galanya bermula dengan hikikomori. Ya. Hikikomori yang merujuk kepada masalah psikologi yang dikaitkan dengan orang yang menjauhkan diri daripada kehidupan sosial. Maknanya, orang-orang yang mengasingkan diri akibat pelbagai faktor peribadi.
Jadi, mak ayah yang menyertai program Kilang Kebahagiaan ni semua nak cuba merasai apa yang dilalui oleh anak-anak mereka yang mengalami situasi hikikomori ini. Dalam ruang yang sempit itulah mereka tahu pengalaman ‘mengasingkan diri.’
Menariknya, program ‘Kilang Kebahagiaan’ ini sebenarnya adalah satu projek daripada NGO di Korea yang bertujuan untuk beri kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang fenomena hikikomori yang semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak muda. Peningkatan dalam hikikomori ini juga meningkatkan risiko bunuh diri dalam kalangan anak muda ini.
Maka, program ‘Kilang Kebahagiaan’ dibentuk yang merangkumi tempoh masa 13 minggu, dengan pelbagai pengisian, termasuklah tiga hari ‘mengasingkan diri’ dalam sebuah bilik sempit tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar.
Seorang profesor berkata, program sebegini sememangnya penting buat ibu bapa kerana kebanyakan ibu bapa di Korea tidak pandai menunjukkan rasa prihatin dan sayang mereka secara verbal terhadap anak-anak mereka. Ini mungkin persamaan yang biasa dalam kalangan ibu bapa di Asia.
Dalam program ‘Kilang Kebahagiaan’ yang dikendalikan oleh NGO bernama Youth Foundation and the Blue Whale Recovery Centre ini, kebanyakan ibu bapa akhirnya sedar bagaimana untuk mendekati dan menangani anak-anak yang mengalami hikikomori serta lebih memahami permasalahan mereka.
Matlamatnya adalah agar ibu bapa mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan anak-anak yang bermasalah ini, sekaligus membawa mereka keluar daripada situasi mengasingkan diri.
Reaksi daripada program ‘Kilang Kebahagiaan’ ini membuatkan ramai ibu bapa menangis serta tidak menyangka bahawa keadaan psikologi yang dialami oleh anak-anak mereka sangat serius.
“Awak melalui masa-masa yang sukar. Ibu akan lebih prihatin selepas ini.” (Puan Jin Young Hae, ibu kepada remaja lelaki yang mengasingkan diri selama tiga tahun di bilik tidurnya.)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source