Coklat Nestle Dengan Propaganda Perang?
Sebut tentang propaganda, mesti ramai yang fikir, ia sesuatu yang bersifat negatif, lazimnya dikaitkan dengan kejahatan, manipulasi dan khabar angin. Sesuatu yang membuatkan individu berasa ada bahaya di sebaliknya. Tapi macam mana pula jika propaganda ini dimasukkan dalam pengiklanan? Sedangkan pengiklanan produk adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan kita?
Pernah tak anda terfikir aiskrim atau coklat yang anda makan, dipenuhi dengan propaganda yang kurang menyenangkan setiap kali anda melihat produk-produk ini? Ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia telah dimulakan sejak era Perang Dunia Kedua lagi.
Ini kisah tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Syarikat Nestle mengeluarkan satu jenis gula-gula coklat dengan memaparkan iklan yang penuh propaganda, sesuai dengan situasi ketika itu. Gula-gula coklat itu (seperti gambar di bawah) disimbolikkan bukan sekadar sebagai hidangan ringan, tetapi sebagai lambang ketahanan dan patriotisme angkatan tentera sewaktu Perang Dunia Kedua.
Gambar iklan ini yang masih disimpan dalam Arkib Pengiklanan, dengan beraninya menunjukkan slogan iklan coklat itu sebagai ‘Coklat Ialah Makanan Untuk Berjuang (Chocolate Is A Fighting Food!)’, dengan imej askar yang sedang menikmatinya. Malah, pada penerangan di bawahnya juga diletakkan tentang bagaimana coklat ini menjadi makanan pemberi tenaga yang cepat buat para askar, lengkap dengan kandungan nutrien di dalamnya.
Dalam konflik perang ketika itu, kewujudan propaganda melalui iklan coklat ini dilihat sebagai strategi bijak Nestle bagi pasaran kerana mesejnya yang kuat. Mesej kuat ini bertujuan untuk meningkatkan semangat dalam kalangan tentera serta menggalakkan orang awam menyokong usaha perang dengan membeli gula-gula patriotik ini.
Warna-warna terang dan imej berani yang digunakan dalam iklan ini menarik perhatian ramai. Bendera Amerika yang dipamerkan dengan jelas di samping imej coklat yang menyelerakan membangkitkan rasa bangga dan perpaduan negara. Ia berfungsi sebagai peringatan bahawa walaupun dalam keadaan konflik, keseronokan kecil seperti menikmati sekeping coklat boleh membawa kegembiraan dan keselesaan.
Di sinilah kita lihat betapa berkuasanya propaganda apabila ia disalurkan dengan cara yang tepat. Penyebaran propaganda adalah demi agenda tertentu, dan pengiklanan membantu dengan menambahkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengannya.
Melalui coklat ini, pengiklanan berfungsi sebagai hiburan dan pujukan. Ia mengingatkan kita bagaimana jenama itu memanfaatkan pengaruh mereka untuk mengumpulkan sokongan buat negara mereka semasa krisis.
Seperti yang disebut oleh seorang profesor di Universiti Illinois, katanya:
“Mereka mengekalkan nama jenama mereka supaya disedari orang awam. Mereka tahu bahawa sebaik sahaja perang berakhir, ia adalah sangat penting untuk orang ramai tidak melupakan nama jenama tersebut.”
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source