Salah Cara Didik Boleh Beri Kesan Pada Karakter Anak, Anda Mak Ayah Mana Satu?
Adakah cara kita selama ini mendidik anak dengan cara yang betul? Tersalah didik, boleh beri kesan pada anak. Ini tip dan panduan betul dalam mendidik anak.
Ikuti perkongsian Parent Connect ini. Semoga menjadi panduan ibu bapa.
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati:
* Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang.
* Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah.
* Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang.
* Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati:
* Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira.
* Kurang berdikari kerana takut berbuat silap.
* Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah.
* Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli.
*Mempunyai tahap akademik yang rendah.
* Mempunyai skil sosial yang rendah.
* Cenderung kepada keganasan.
* Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati:
* Lebih tenang dan gembira.
* Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang.
* Berjaya mencapai tahap akademik yang baik.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi.
* Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling.
* Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
* Tidak cenderung kepada keganasan.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati:
* Lebih impalsif dan kurang kawalan diri.
* Tidak berupaya untuk mengawal emosi.
* Tiada empati terhadap orang lain.
* Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku.
* Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source