Isteri tampil berniqab, Shukri Yahaya sokong perubahan jaga aurat
Aktor popular, Shukri Yahaya sokong perubahan jaga aurat yang dilakukan isteri tersayang, Tya Adnan apabila kini tampil dengan imej berniqab.
Pilihan isteri sendiri
Menerusi laporan dari Mstar, Shukri menyatakan penampilan Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 32 itu adalah pilihannya dan sudah terus mengenakan niqab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya.
Artikel lain: Babak Shukri Yahaya mesej isteri kedua buat netizen tergamam, curang guna ‘excel sheet’
Shukri Yahaya sokong perubahan isteri
Perkara tersebut menjadi perhatian selepas Tya berkongsi video di media sosial miliknya apabila berkongsi momen sewaktu membuka bungkusan kelengkapan jenazah dengan mengaburkan wajahnya.
Menurut Shukri lagi, kali pertama melihat isterinya tampil berniqab secara terbuka sewaktu menghadiri sebuah acara bersama dan sempat menyangka bahawa ia berpenampilan sebegitu disebabkan baru sahaja pulang dari umrah.
“Awalnya kami sama-sama hadir sebuah acara bersama ketika itu dia memilih untuk berniqab.
“Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.
“Tapi rupanya tidak… dia memang terus berniqab sejak itu,” ujarnya.
@tyaadnan kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. tapi kita lupa akan “baju terakhir” kita.. @bajuterakhirofficial tarikh kematian yang dirahsiakan. yang tak siapapun tahu. bila dan dimana kejadiannya. boleh jadi harini adalah hari terakhir kita .. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @bajuterakhirofficial
Shukri Yahaya sokong perubahan, gembira lihat penampilan isteri
Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya menyatakan sebagai seorang suami, dia tumpang gembira dan sentiasa menyokong perubahan isteri, lebih-lebih lagi ke arah kebaikan.
“Sebagai suami, saya terima perubahan yang baik dari isteri saya. Saya juga bersyukur mendapat isteri yang menjaga auratnya,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian Tya Adnan di media sosial telah mendapat perhatian ramai apabila para pengikutnya akui terkejut dengan penampilan terkini pempengaruh berkenaan.
Mana tidaknya, dia yang memakai pakai serba hitam turut menutup wajah menggunakan niqab serta mengaburinya sewaktu memuat naik video sedang membuka bungkusan kelengkapan jenazah.
Dia juga lebih banyak berkongsi hantaran-hantaran bersifat ilmiah di media sosial serta tiada lagi gambar yang mendedahkan wajahnya kecuali sewaktu menunaikan umrah tempoh hari.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin), TikTok tyaadnan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source