Faisal Halim dedah hal boleh jatuhkan pemain bola sepak -“Jangan salah pilih cinggey”
Pemain bola sepak negara, Faisal Halim dedah hal yang boleh jatuhkan pemain bola sepak dalam kerjaya mereka.
Menerusi perkongsian Faisal di akaun TikTok Pak Mat Western Cafe, dia menyatakan ada tiga perkara utama yang boleh mempengaruhi kerjaya pemain bola sepak profesional.
Diri sendiri boleh jadi punca kejatuhan kerjaya
Menurutnya, kejatuhan pemain bola sepak sebenarnya adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang boleh mempengaruhi adalah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri,”
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
@pakmatwesterncafee Faisal pernah berkata… #fyp #foryou #foryoupage
Faisal Halim bersyukur dapat isteri yang baik
Ujar pemain yang biasa disapa Mickey itu, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik serta memahami kerjaya sebagai pemain bola sepak.
“Alhamdulillah saya dapat isteri yang baik ah,” ujarnya.
Faisal Halim pesan pandai2 jaga diri
Walau bagaimanapun, Mickey mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut sebenarnya berbalik kepada diri sendiri juga dan harus pandai mengawal diri masing-masing.
“Tapi, pandai-pandai jaga dirilah,” jelasnya lagi.
Paling utama adalah disiplin
Namun begitu, pemain pasukan Selangor FC itu menegaskan bahawa apa yang paling penting sebagai seorang pemain bola sepak adalah disiplin.
Artikel lain: Faisal Halim enggan terus menyorok, sudah kayuh basikal di rumah
Nombor 3 tu fakta
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial. Kebanyakan mereka bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Mickey tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan pemain bola sepak.
Dalam pada itu, mereka turut berasa gembira dengan perkembangan semasa pemain tonggak utama Harimau Malaya berkenaan selepas hampir tiga bulan berehat susulan mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid.
Ada betulnya macam kisah sebelum2 ni
Bukan dalam bola saja pun, kerja2 lain juga macam tu
Nampak dia makin ceria
Tackle maut pun boleh jadi punca
Terdahulu, Faisal Halim telah disimbah asid pada 5 Mei 2024 di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara. Dia telah mengalami kecederaan lecur tahap empat dan beberapa kali menjalani pembedahan.
Selepas sebulan, pemain sayap pasukan Selangor FC telah mencul di muka umum dan menunjukkan kesan daripada kejadian yang masih lagi dalam siasatan sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, dia terlihat semakin ceria apabila kerap ada di bangku penonton di stadium dalam beberapa perlawanan melibatkan pasukan yang diwakili olehnya.
Sumber: TikTok pakmatwesterncafe
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source