Enggan tunjuk riak, Andika Putera buang tanda hitam di dahi
Pempengaruh, Andika Putera buang tanda hitam di dahi susulan enggan digelar riak selepas mendapat rujukan daripada ustaz.
Pergi ke klinik kecantikan
Menerusi perkongsian di media sosial, Andika memuat naik momen sewaktu hadir ke sebuah klinik kecantikan bagi membuat rawatan agar tanda di dahinya dapat dihilangkan.
@andikaputeraa Treatment buang dahi hitam. Sebenarnya ni bukan treatment yang pertama kali Dika buat. Sebelum ni pun pernah juga Dika buat beberapa kali. Tapi kesan hitam tu tak hilang sepenuhnya sampai ada timbul orang cakap yang Dika sengaja hitamkan dahi ni 😅😂. So, harini Dika datang lagi dekat Vogue Clinic di Ampang ni untuk buat lagi treatment dekat dahi Dika. Hopefully selepas seminggu ada improvement yang baik dekat dahi Dika ni. Komen ‘❤️❤️❤️’ kalau korang suka facial👇🏻 #treatment #facial #fyp #viral #tiktok
Andika Putera buang tanda hitam, sudah beberapa kali jalani rawatan
Menurutnya, dia sudah beberapa kali melakukan rawatan tersebut namun masih lagi kesan hitam berkenaan tidak hilang.
Dia juga mengakui ada pihak menuduhnya sengaja menghitamkan dahi menggunakan marker pen agar terlihat lebih jelas.
Artikel lain: Wanita dakwa Andika Putera ajak kahwin tapi keliru -“Tak tahu nak pilih Nana atau doktor”
Andika Putera buang tanda hitam, sudah dapat rujukan ustaz
Doktor kecantikan yang memberikan rawatan kepada Andika memaklumkan antara punca dahi menjadi hitam adalah disebabkan sujud ketika beribadah.
“Dari segi agama tu, biasanya disebabkan tekanan ketika sujud. Apabila tunduk, dahi akan mengalami sedikit keradangan.
“Kadang-kadang bila terkena kulit, ia akan menyebabkan kecederaan. Bila ada luka, badan akan bila ada luka, badan kita akan repair cell generate kulit kita yang baru.
Tapi masa tu dia tumbuh kulit akan lebih sensitif. bila kena matahari dia akan jadi gelap…” jelas doktor.
Pernah dengar dahi hitam sebab sujud tak betul
Perkongsian yang dibuat pempengaruh tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen. Ada di antara mereka menyatakan punca dahi hitam disebabkan salah ketika melakukan sujud dan juga kerana kulit kita terlalu sensitif.
Ada juga yang memerli Andika memintanya untuk menjelaskan situasi dahi menggunakan papan putih sama seperti video sewaktu memberi penjelasan berhubung kisah rumah tangganya.
Biasanya tanda hitam atas kening bukan dekat anak rambut
Andika Putera buang tanda hitam? Cuba terangkan guna whiteboard
Apa kaitan dahi hitam dengan solat pulak
Terdahulu, nama Andika Putera telah menjadi topik perbualan ramai selepas bekas isteri, Ananda Natasha mendedahkan tentang beberapa masalah berkaitan rumah tangga mereka sebelum ini.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berkenaan sudah memberi penjelasan menggunakan papan putih serta membuat permohonan maaf kepada semua berkaitan beberapa isu dan sudah berhubung dengan peguam untuk membawa perkara tersebut untuk diadili secara undang-undang.
Sumber: TikTok andikaputera
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source