Ara Johari tertekan terima mesej gatal -“Tak tahu kenapa mereka berselera dengan saya”
Penyanyi Ara Johari tertekan terima mesej gatal daripada pengikut lelaki di media sosial selain akui dirinya masih trauma selepas insiden tangannya dicium seorang individu ketika membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 27 tahun itu bersyukur kerana tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual, termasuk yang ‘pelik-pelik’ daripada golongan wanita.
“Setakat ini, syukur saya belum pernah lagi terima DM (mesej secara peribadi) yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial melainkan kebanyakannya adalah pengikut lelaki.
“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi ada juga saya terima gambar-gambar tidak elok yang buatkan saya rasa ‘stress’ juga,” katanya.
Ara Johari tertekan terima mesej gatal
Ara atau nama penuhnya, Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia akui ia adalah perkara biasa yang dihadapi kebanyakan artis wanita menerima DM.
Namun, hakikatnya ia telah membuatkan dirinya tertekan dan mengambil pendekatan untuk membiarkan saja komen-komen tersebut. Malah, dia juga kini lebih berhati-hati sebelum berkongsi di media sosial.
“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat itu (mesej tak senonoh), tapi saya kini sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial.
“Kalau nak buat ‘posting’ (hantaran) di media sosial pun, saya elakkan memberi maklumat terperinci seperti acara disertai itu, lokasinya dan masa berlangsung,” katanya lagi.
Ara makin feminin?
Disoal mengenai penampilannya lebih feminin, Ara berkata, dia bukan berubah bagi mengelakkan diri daripada menerima mesej gangguan seksual di media sosial.
Ini kerana, dia tetap menerima mesej sebegitu dan berpendapat ia berkemungkinan kerana nafsu lelaki.
“Saya pun tak tahulah kenapa mereka (pengikut lelaki di media sosial) macam ‘berselera’ sangat dengan saya untuk diganggu,”ujar Ara Johari.
Artikel lain: Syamim Farid tak sangka, impian sejak kecil mahu bergelar puteri raja jadi kenyataan
Dalam perkembangan lain, Ara berasa bertuah dapat bekerjasama dengan komposer Indonesia, Ilham Baso menerusi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source