Andika Putera dedah pernah disihir, mula sedar jauh dari Allah -“Sampai gagal, jatuh terduduk”
Personaliti media sosial, Andika Putera dedah pernah disihir suatu ketika dahulu sehingga membuatkan dirinya sedar betapa jauhnya dirinya dari Sang Pencipta.
Perkara itu didedahkan oleh Muhammad Andika Putera, 27, menerusi sebuah video berdurasi seminit 27 saat di platform TikTok.
Andika atau mesra disapa Dika berkongsi perkara tersebut selepas diminta oleh seorang lelaki mengenai titik jatuh bangkit dirinya untuk berjaya dalam hidup.
Andika Putera dedah pernah disihir
Lelaki asal Pulau Pinang ini berkata, kejayaan yang dikecapi kini adalah selepas dirinya sedar sudah jauh tersasar dan terkena ‘sihir’ sehingga membuatkan dirinya jatuh.
“Kena sihir baru sedar dah jauh dari Allah SWT.
“Setiap orang dalam dunia ni berlainan ujian yang Allah SWT nak sedarkan diri kita ni makin jauh dari Dia. Dika sendiri tak terkecuali. Dengan sihir, gagal sampai jatuh terduduk, lost sampai tak ada arah hidup,”katanya.
Terima takdir, bangkit hadapi ujian
Dia bagaimanapun bersyukur dan menerima segala ujian yang diberikan kepadanya kerana telah membuat dirinya kuat pada tahap ini.
Andika Putera juga menitipkan nasihat untuk dekatkan dirinya dengan Allah dan kejayaan di dunia pasti akan datang.
“Tapi disebalik segala ujian yang Allah SWT bagi, Dika bersyukur sangat dipilih untuk lalui benda ni. Sebab tanpa terjadinya ujian ni dalam hidup, Dika tidak sedekar dengan Allah SWT, Dika tak akan sekuat seperti sekarang dalam nak hadap ujian dalam dunia.
“Nak percaya atau tidak, terserah kepada korang. Tapi apa yang ada pada Dika sekarang ni adalah asbab ujian yang mendekatkan diri Dika pada yang Maha Berkuasa.
“Walaupun sepanjang hidup ni ada kegagalan dan kesusahan tapi bila hati sentiasa ada Allah, resah itu hanya seketika.
“Selebihnya hati ini tenang sebab percaya Allah sentiasa ada,”katanya.
Artikel lain: Enggan tunjuk riak, Andika Putera buang tanda hitam di dahi
@andikaputeraa Kena sihir baru sedar dah jauh dari Allah SWT 😔 Setiap orang dalam dunia ni berlainan ujian yang Allah SWT dalam nak sedarkan diri kita ni makin jauh dari Dia. Dika sendiri tak terkecuali. Dengan sihir, gagal sampai jatuh terduduk, lost sampai tak ada arah hidup. Tapi disebalik segala ujian yang Allah SWT bagi, Dika bersyukur sangat dipilih untuk lalui benda ni. Sebab tanpa terjadinya ujian ni dalam hidup, Dika tidak sedekat dengan Allah SWT, Dika tak akan sekuat seperti sekarang dalam nak hadap ujian dalam dunia. Nak percaya atau tidak terserah kepada korang, tapi apa yang ada pada Dika sekarang ni adalah asbab ujian yang mendekatkan diri Dika pada yang Maha Berkuasa. Walaupun sepanjang hidup ni ada kegagalan dan kesusahan tapi bila hati sentiasa ada Allah SWT, resah tu hanya seketika. Selebihnya hati ini tenang sebab percaya Allah sentiasa ada. Komen ‘❤️❤️❤️’ kalau korang belajar sesuatu #sihir #ujian #motivasi #muslim #fyp #viral #tiktok
Sihir, jin pun kena fitnah?
Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di ruangan komen sehingga ramai beranggapan ia hanyalah rekaan semata-mata.
Tak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi setiap orang ada ujian hidup dan perlu kuat menghadapinya. Semoga urusan semua orang dipermudahkan.
Sumber: TikTok Andika Putera
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source