Mengenang 10 Tahun Tragedi MH17
17 Julai 2014. Tragedi yang menjadi kisah hitam kepada seluruh warga Malaysia, serta keluarga yang terlibat dalam tragedi ini. Seluruh dunia gempar apabila pesawat MH17 ditembak jatuh ketika melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara Ukraine.
Insiden tidak dijangka ini telah menyebabkan kesemua 298 penumpang, serta anak kapal terbunuh. Sebahagian besar daripada penumpang adalah rakyat Belanda, manakala penumpang lain adalah warga Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Laporan akhir nahas oleh Pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada 24 Mei 2018 menyatakan bahawa pesawat MH17 telah ditembak oleh peluru berpandu milik tentera Rusia, BUK TELAR yang terkena pada sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan. Siasatan menyatakan bahawa peluru berpandu itu dipandu ke Ukraine dari pangkalan tentera Rusia berhampiran bandar Kursk dan kembali ke sana selepas pesawat itu ditembak jatuh.
Kerajaan Malaysia komited dalam menuntut keadilan, terutamanya bagi 43 orang warga Malaysia yang terlibat dan mengheret pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi menyayat hati ini. Keadaan ini menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang terlibat.
Pada Jun 2019, tiga rakyat Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, serta seorang rakyat Ukraine Leonid Kharchenko telah didakwa secara in absentia di Mahkamah Daerah The Hague atas pertuduhan membunuh. Dan, akhirnya, pada 17 Nov 2022, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Girkin, Dubinsky dan Kharchenko atas pertuduhan menembak jatuh pesawat menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh, manakala Pulatov dilepaskan atas pertuduhan sama.
Apa yang memilukan, tragedi pesawat ini berlaku hanya empat bulan selepas tragedi kehilangan pesawat MH370. Malah, ia memberi tamparan yang hebat buat Ketua Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika itu, iaitu Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman. Beliau mengenang semula bagaimana tekanan yang dihadapinya ketika mengendalikan situasi tragedi pesawat MH17 ini. Menurut beliau, pengalaman dalam menguruskan insiden MH370 sedikit sebanyak membantunya untuk bertindak sewajarnya dalam mengetuai pasukan siasatan untuk kejadian MH17.
Datuk Seri Azharuddin turut berkongsi detik cemas beliau dan pasukannya dalam menunggu status kotak hitam pesawat MH17 untuk dibawa keluar dari zon perang Donestk, Ukraine ketika itu. Kerajaan Malaysia waktu itu menghantar satu pasukan yang diketuai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kolonel Mohd Sakri Hussin, untuk mendapatkan kotak hitam tersebut.
Kerjasama daripada pelbagai pihak telah membantu untuk melancarkan urusan pengambilan kotak hitam berkenaan yang kemudiannya dibawa ke Biro Siasatan Keselamatan Udara (AAIB) Farnborough untuk analisis lanjut.
Hari ini, selepas 10 tahun, ia masih kekal menjadi memori hitam buat kita semua, terutamanya mereka yang terlibat serta pasukan penyiasatan dalam tragedi ini. Salam takziah buat seluruh keluarga yang terseret dalam insiden pedih ini dan semoga tiada lagi kejadian seumpamanya di masa akan datang.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source