Ayu Raudhah timang anak ketujuh, keluar awal sehari sebelum birthday suami
Pelakon Ayu Raudhah timang anak ketujuh di sebuah pusat perubatann swasta terletak di Negeri Sembilan pada pukul 12.57 tengah hari Jumaat.
Berita gembira itu diumumkan oleh suaminya, Zaquan Adha yang memaklumkan mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengah hari pada 2 Ogos.
“Selamat datang ke dunia, anak lelaki saya,”tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram Story.
Ayu Raudhah timang anak ketujuh
Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isterinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
Menariknya, pemain bola sepak berusia 37 tahun itu menyambut ulang tahun kelahiran sehari selepas anaknya dilahirkan.
Tarikh kelahiran anak ketujuh itu keluar seperti yang dijangka oleh Ayu Raudhah sendiri iaitu pada hujung bulan Julai atau jatuh pada ‘birthday’ Zaquan.
Artikel lain: Murah rezeki! Ayu Raudhah hamil lagi, bakal timang anak ke-7
Sekadar info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama bekas kapten Harimau Malaya iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq,5, Muhammad Aisy Al Jibreel,2, namun nama anak keenamnya berusia setahun.
Sumber: Instagram zaqone_08
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source