Pemandu treler positif dadah! Dua beradik meninggal dunia, rumah dirempuh ketika tidur
Dua beradik dilaporkan meninggal dunia selepas rumah mereka di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan dirempuh dan pemandu treler positif dadah, hari ini.
Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris, 25, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, ibu mangsa iaitu Norrulaini Mohd Hassan, 54, bapa, Nasruddin Othman, 64, dan rakan kepada anaknya, Muhammad Gabriel Miqhael Muhammad Faidzal,19 mengalami kecederaan.
Pemandu treler positif dadah
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapat treler muatan siling kapur dipandu seorang lelaki dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan telah hilang kawalan.
Ia kemudiannya terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.
“Kesan dari rempuhan itu, seorang wanita disahkan meninggal dunia, manakala empat lagi penghuni lain telah dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
“Seorang lagi mangsa, Mohd Waldon Faris disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan pada 1.30 petang,”katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
Pemandu treler berkenaan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine atau amphetamine selepas ujian saringan awal dijalankan oleh pihak Hospital Pekan.
“Pemandu lori yang mengalami cedera ringan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pekan.
“Penahanan akan dibuat sebaik sahaja selesai rawatan,”katanya lagi.
Artikel lain: “Isteri meninggal dunia atas riba saya..”- Dipijak gajah, suami sempat ajar orang rumah mengucap
Kes disiasat dan diklasifikasikan di bawah seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tak sangka permintaan anak nak tidur bersama adalah permintaan terakhir
Sementara itu, ibu mangsa, Norrulaini berkata, kejadian yang menimpa mereka sekeluarga berlaku dengan pantas dan menyebabkan dia kehilangan nyawa dua anak.
Apa yang meruntunkan jiwanya apabila Allahyarhamah Nurnazatul Fasiha yang merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sering meminta untuk tidur bersama dengannya sejak sebulan lalu.
Dia tidak menyangka permintaan tersebut adalah petanda anak kedua daripada empat beradik itu mahu pergi selama-lamanya.
“Sebulan dia (Nurnazatul Fasiha) hendak tidur dengan saya dan dia tidak mahu tidur ditempat lain.
“Ini adalah petanda rupanya ALLAH hendak jemput dia,” katanya dengan nada sebak.
Abang sulung kepada mangsa, Mohd Fakrul Hafiz akui masih terkejut dengan kejadian menimpa keluarganya.
Jenazah Nurnazatul Fasiha dan adik lelakinya, Mohd Waldon Faris yang bekerja sebagai tukang gunting rambut dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang pada Sabtu.
Sumber: FB Sara Naduwaa JJ, BH Online (Asrol Awang), Sinar Harian (Norawazni Yusof)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source