Wujudkan masa depan sihat, produk alternatif bantu kurangkan risiko berkaitan asap rokok
Terdapat ramai orang di Malaysia yang cuba untuk berhenti merokok dan menerusi tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada 2019, sebanyak 48.9% orang daripada perokok semasa cuba berhenti merokok sejak 12 bulan lalu namun mereka bergelut untuk melakukannya.
Produk alternatif bantu kurangkan risiko berkaitan asap rokok
Gambar hiasan: Google
Ini disebabkan oleh kehadiran nikotin dalam rokok, yang merupakan penyebab utama ketagihan. Walaupun tidak bebas risiko, nikotin sebenarnya bukanlah punca utama bagi penyakit berkaitan dengan rokok. Jadi apa sebenarnya penyebab penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan selaginya? Jawapannya adalah asap rokok!
Apabila sebatang rokok yang mengandungi tembakau dibakar, ia akan melepaskan asap rokok yang mengandungi bahan-bahan yang telah dikelaskan sebagai berbahaya. Asap rokok mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia dimana sekurangnya 100 dari bahan adalah amat memudaratkan.
Gambar hiasan: Google
Oleh itu, kalau anda tidak merokok, janganlah bermula. Sebaiknya, perokok amat digalakkan untuk berhenti merokok. Namun bukan semua yang ingin berhenti boleh, jadi bagi mereka yang tak dapat atau tidak mahu berhenti, mereka digalakkan untuk mengurangkan kemudaratan merokok dengan mempraktikkan ‘Tobacco Harm Reduction’.
Gambar hiasan: Bernama
‘Tobacco Harm Reduction’ merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan kesan negatif merokok dan salah satu inisiatif tersebut adalah dengan penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Products (HTP), vape, tampalan nikotin, gula-gula getah nikotin dan kantung nikotin. Produk bebas asap tidak membakar dan hanya memanaskan tembakau tersebut, oleh itu ia tidak akan melepaskan sebarang asap berbahaya. Apa yang dilepaskan sebenarnya adalah wap air.
Artikel lain: Jayakan adegan merokok, Zahirah MacWilson ditegur Public Health
Gambar hiasan: Google
Produk alternatif bantu kurangkan bahaya!
Menurut satu tinjauan yang dilaksanakan, 51 peratus daripada responden menyatakan mereka menyedari produk bebas asap adalah antara alternatif yang kurang berbahaya berbanding rokok dan kini, semakin banyak produk bebas asap yang boleh didapati di pasaran. Tiada lagi alasan untuk tidak berubah kepada produk alternatif.
Lihat pada keluarga anda, ibu bapa yang semakin menua dan anak-anak kecil di sekeliling anda. Sampai bila rakyat di Malaysia mahu teruskan tabiat merokok sekaligus menjejaskan kesihatan diri sendiri termasuk orang lain? Mari beralih kepada produk bebas asap bagi memberikan masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang. Anda tidak perlu mengubah gaya hidup anda secara drastik, namun ambil masa anda dan lakukannya secara berperingkat. Masa depan keluarga ada di tangan anda.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source