“Match paling mendebarkan saya pernah saksikan”
Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akui perlawanan antara beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen adalah paling mendebarkan yang pernah disaksikan oleh beliau.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chong Wei di laman Instagramnya, beliau tidak pernah menyangka comeback yang dilakukan Aaron dan Wooi Yik pada set kedua sehingga mengejutkan penyokong badminton Malaysia.
Lee Chong Wei
Artikel lain: Comeback luar biasa! Aaron-Wooi Yik dedah kekal positif rahsia kejayaan
“Antara match yang paling mendebarkan pernah saya saksikan. Tahniah Aaron- Wooi Tik.
“Gilalah game ini. Game yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka-Kuala Lumpur ini selangkah merangkak mengembalikan harapan untuk lencana di dada,” katanya.
Susulan itu, Chong Wei yang pernah memenangi tiga pingat perak Olimpik menzahirkan ucapan terima kasih kepada beregu negara itu yang berjaya menghadiahkan pingat pertama buat negara di sukan terkemuka dunia tersebut.
Lee Chong Wei
“Terima kasih Aaron-wooi yik. Andalah hero Negara sekali lagi. Malaysia sekarang secara rasmi, di tangga pingat Olimpik Malaysia, yeah!” ujarnya.
Sekadar info, Aaron-Wooi Yik telah membuat kebangkitan semula walaupun ketinggalan 16-20 pada set kedua dan kemudiannya meraih enam mata berturut-turut sekali gus mengheret pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen ke perlawanan set penentuan.
Beregu negara hanya memerlukan tempoh 74 minit untuk menumbangkan pihak lawan pada perlawanan penentuan pingat gangsa itu dengan rekod 16-21, 22-20, 21-19.
Sumber: Instagram @Lee Chong Wei
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source