Mandikan jenazah arwah, Dato’ Hattan dedah kulit Jay Jay bersih dan licin
Penyanyi senior, Dato’ Hattan dedah kulit Jay Jay bersih dan licin sewaktu berpeluang mandikan jenazah arwah sebelum di kebumikan pagi tadi.
Memetik laporan dari Mstar, Dato’ Hattan memaklumkan yang kondisi sahabat baiknya cukup baik dan merasakan kulitnya seperti budak-budak kerana cukup bersih.
“Waktu saya mandikan jenazah arwah Jay Jay, kulitnya sangat licin dan bersih.
“Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, Alhamdulillah,” katanya.
Mandikan jenazah arwah, lihat kulit macam budak2
Dalam pada itu, dia yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya menyatakan kali terakhir bertemu arwah adalah di Kota Bahru ketika menjayakan satu acara.
Ujarnya, arwah terlihat tidak begitu sihat dan lemah namun tetap kelihatan tenang dan santai sewaktu ditanya tentang kesihatan.
“Kali terakhir kerjasama dengan dia sewaktu kami buat show sama-sama di Kota Bharu, Kelantan sekitar enam bulan lalu. Persembahan untuk majlis perkahwinan anak rakan kami.
“Ketika itu nampak badannya memang sudah sedikit susut, macam tak sihat. Kalau tanya, dia jawab okay sahaja. Kelihatan tenang dan santai,” jelasnya.
Terkejut dengar berita kematian, bersyukur dapat peluang mandikan jenazah arwah
Hattan juga mengakui terkejut apabila menerima berita tentang pemergiaannya kerana sepanjang mengenali penyanyi terbabit, dia merupakan individu yang mengamalkan gaya hidup yang cukup sihat.
“Masa dengar berita kematian dia memang terkejut gila. Setahu saya dia mengamalkan hidup sihat, selalu berjogging, amat terasa kehilangan dia,” katanya lagi.
Artikel lain: Pemandu treler positif dadah! Dua beradik meninggal dunia, rumah dirempuh ketika tidur
Sahabat yang cukup baik
Penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu turut menyatakan bahawa allahyarham adalah seorang sahabat yang cukup baik dan sangat berjasa untuk dirinya.
“Dia seorang sahabat yang sangat baik, saya tak pernah jumpa orang yang sebaik dia, boleh disebut ‘legend yang baik’.
“Banyak juga jasa dia kepada saya dalam kerjaya seni saya. Dia banyak main bass untuk lagu-lagu dan konsert saya. Terlalu banyak jasa arwah,”ujar Hattan.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi kumpulan Carefree, Mohd Fairuz Daruz, 67 pada 4 Ogos 2024.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson, Kota Damansara sekitar jam 9.27 malam.
Difahamkan, allahyarham telah menjalani pembedahan jantung pada 23 Mei 2024 di Institusi Jantung Negara (IJN) namun telah diserang angin ahmar dan mendapat rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source