SM Entertainment Lancar Kumpulan ‘K-Pop’ British Baru! Perjalanan Dear Alice Bakal Ditayangkan Dalam Siri Televisyen
Baru-baru ini, agensi K-Pop terkenal, SM Entertainment telah melancarkan kumpulan lelaki British pertama, Dear Alice semasa satu sidang media di London.
Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertujuan untuk memperkenalkan nama kumpulan baru tersebut beserta ahli anggota mereka kepada media.
Difahamkan, Dear Alice adalah kumpulan dengan lima orang ahli yang dibentuk oleh SM, SM & Kakao Entertainment America dan sebuah syarikat hiburan British, Moon & Back Media.
BACA: SM Entertainment Umum Cari Boy Group Baru! Ini Cara Sertai Uji Bakat
Moon & Back Media bertanggungjawab untuk pemilihan ahli kumpulan, manakala SM Entertainment menyediakan kepakaran dalam muzik, koreografi dan latihan vokal dari industri K-pop.
Anggota kumpulan ini terdiri daripada Blaise Noon, Dexter Greenwood, James Sharp, Olly Quinn dan Reese Carter, yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, dan mereka datang dari latar belakang yang pelbagai.
BACA: Khas Untuk Peminat K-Pop! SM Entertainment Bakal Berinovasi, Bina Hotel K-Pop!
Selain itu, Dear Alice juga akan membuat penampilan sulung melalui siri TV ‘Made in Korea: The K-pop Experience’ sebuah siri enam bahagian yang dijadualkan ditayangkan di BBC One dan iPlayer pada akhir bulan ini.
Sekadar info, siri ini akan memaparkan lima ahli kumpulan tersebut semasa mereka menjalani proses latihan K-pop selama 100 hari di Seoul, Korea Selatan dengan matlamat untuk melancarkan Dear Alice. Menurut SM, kumpulan K-pop yang dilokalkan ini akan dilancarkan di pasaran muzik global, termasuk Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source